MENGINAP 2H1M @ IDEAS KUALA LUMPUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


SEMASA jalan-jalan ke Kolumpo pada cuti Tahun Baru Cina hari tu, kami memilih untuk menginap di Hotel Ideas Kuala Lumpur. Kali ni memang nak jalan sajo-sajo berdua sempena menyambut Jubli Perak, hahahaha. Oh, ada jugak pelawa Iman tapi macam biasa la Timbalan Presiden kita busy sokmo. 




Ruang letak kereta terletak di aras bawah dan ada buggy disediakan untuk kita naik ke bahagian lobi hotel ni.




Lobi hotel ni taklah besar tapi ruang menunggu tu selesa, ada welcome drinks dan kudapan serta gula-gula disediakan untuk tetamu. Di sebelah kiri merupakan ruangan restoran hotel. Pada mulanya Pak Inche menempah bilik untuk satu malam sahaja dan bercadang untuk menambah satu malam lagi sayangnya tempahan bilik jenis yang sama telah penuh keesokannya.




Dapat bilik aras 13, nombor bilik 1306. Lupa nak ambil gambar pintu bilik, hahaha.




Bilik yang ditempah adalah Signature King dengan harga RM280 nett satu malam (Gov Rate) termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Sk minat sungguh katil bertiang macam ni tapi bilik kat rumah Sk tu memang tak sesuailah katil bertiang, hahaha.




Dekorasi biliknya bercitarasa tinggi,  ada cermin meja solek besar berbentuk bulat dengan bingkai keemasan, memang puas nak tadah muka kat situ, hehehe. Ini kali kedua Sk menginap di Ideas Kuala Lumpur, kali pertama semasa datang Kolumpo buat kejutan Hari Jadi Cikwa. Tapi Sk baru perasan masa tu Sk lebih fokus kejadian kejutan tu, tak banyak sangat cerita pasal bilik yang kami inap.




Bilik dilengkapi dengan seterika dan papan penggosok.




Bilik luas boleh lari-lari dari hujung ke hujung dengan kelajuan 10km/j, hahaha. Ruang solat pun luas, tak perlu nak menyelit tepi katil. Sejadah disediakan.




Sabun cuci tangan dan lotion disediakan secara pukal, hahaha.




Begitu juga sabun mandi, shampoo dan perapi. Tuala mandi dan tuala rambut tersedia, pancuran air laju.




Rasanya masa menginap sebelum ni tak perlu bayar deposit tapi kali ni kena bayar deposit RM100. 




Haaaa... bab ni yang paling suka nak cerita tentang sarapan di Ideas Kuala Lumpur ni. Sk paling suka dengan set pinggan mangkuk dia, lawa!!! Korang kan tahu Sk ni suka pinggan mangkuk cantik tapi sekarang dah tobat! 




Bercuti kali ni, Sk memang dah cakap, tak nak diet, nak makan puas-puas, nak makan semua apa yang disediakan chef kat cafe tu, hahahahah.




Lepas makan American Breakfast kita ambil menu lokal pulak. Selain nasi lemak, ada Laksa Goreng dan lauk nasi lemak ialah Rendang Ayam.




Mujur ada meja untuk dua tetamu ni di ruang yang dekat dengan buffet line jadi senanglah misi Sk nak makan semua! Hahahaha.




Ambil pastries dan kek, kek tu sedap la makan celup kopi tapi kalau makan gitu jer rasa nak terbekik. Sebenarnya tetap tak mampu pun nak makan semua, mana nak larat oiii! Ni pun roti dua ketul tu Sk bungkus tisu sumbat dalam beg, hahaha.




Ambil bubur sesenduk.




Ambil Bakwan dan Roti Puri cecah sardin.  Aaaa.. kinyangggg sungguh! Mesti naik berat berkati-kati ni, tak pe, bulan Februari kita diet eh! Janji!

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah...dating berdua la sambut jubli emas .best sarapan ever ha ..

    ReplyDelete
  2. Kalau bercuti, nak diet... Aiseh.. Tak jadi cutinya

    ReplyDelete
  3. Lama tak dengar perkataan kati ni SK haha...
    Lawa katil camtu kan. PH pun suka, nak² yg ada curtains ikat kat tiang katil tu... Suka!

    ReplyDelete
  4. 2-3x jugak stay Ideas Hotel ni suka breakfast dia banyak pilihan. Lokasi pun dekat je dengan Sogo, Jalan TAR boleh jalan kaki je.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!