WALIMATUL URUS @ AMBER EVENT HALL MASAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum WBT



SEKIAN lama malah bertahun dah rasanya tak terima Kad Undangan Majlis Perkahwinan dalam bentuk fizikal. Teruja pulak bila PI bawa balik kad jemputan dari Huda sempena perkahwinan putera sulungnya Amirul dengan pasangannya Hajar yang berlangsung pada hari ini.


Majlis diadakan di Amber Event Hall, Eco Perniagaan Masai. Masa kami sampai, pengantin baru nak berarak masuk dewan, jadinya kita beri laluan pengantin masuk dulu.


Amirul ni sebaya dengan Iman, lahir tahun 2001. Tapi, dia lahir 1 Januari. Mana-mana kanak-kanak yang lahir sebelum 15 Januari akan masuk sekolah kebangsaan setahun lebih awal. Ingat lagi masa tu, Huda kelam kabut belikan baju sekolah sebab baru tahu tentang perkara tersebut.


Jamuan tadi, Nasi Beriani, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Dalca dan Pajeri Nenas serta minuman. Kordial Oren. Hari ni Sk tak cut sugar la.


Kaswi Leleh


Pudding Tutty Fruity (betul ke eja?)


Rojak Asma ni sedap betul.


Pesan dengan Iman, jangan tak datang Ayul kahwin. Jadi, ambil dulu dia di kolej bersama roommate, Ili. 


Pakai tudung hadiah tempat ke 8 Top Komentar Blog Secawan Kopi Sekebun Cerita. Terima kasih, Nur.. cantik warna yang Nur pilih untuk Sk ni. Empat jam tau Sk tampal rhinestones kat lingkaran bunga ros tu. 


Sk memang berangan nak cari tudung warna merah jambu dengan corak bunga berbingkai macam ni untuk disesuaikan dengan baju plain yang Sk nak pakai pergi pengantin Amirul ni. Dah beli tudung lain (online) tapi bila sampai, tak matching. Tu la tu bila tengok jer tudung yang Nur bagi terus.. aaaa.. tudung macam ni la Sk cari.


Huda kata, wahhh.. akak, tak sangka macam ni penatnya jadi mak pengantin, hahahah. Semoga Huda sihat-sihat sahaja ya. Tahniah, muda-muda dah jadi mak mentua. Untung la Hajar dapat mak dan pak mentua sporting.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Masya-Allah... gigihnya dan pandai SK tampal rhinestones tu. Bertambah seri tudung tu! 🥰
    Sedap tengok nasi kenduri tu, besar-besar nanas pajeri. Nama Amirul mesti panggil Ayul. Anak sulung saya pun, arwah opahnya panggil Ayoi. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, betul la tu panggil Ayul, hihi. Terima kasih lagi sekali, Nur.

      Delete
  2. Comel je bunting gambar pengantin masa kecik. Jarang dah bagi kad fizikal. Bos Cie kenduri belah lelaki minggu lepas pun bagi kad fizikal. Lupa dah campak mana. Hihi

    ReplyDelete
  3. Comelnya gambar Amirul dan Hajar masa kanak-kanak. Tahun ni kita dapat 3-4 kad undangan fizikal.

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat mempelai dan keluarganya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!