Assalamualaikum WBT
SEKIAN lama malah bertahun dah rasanya tak terima Kad Undangan Majlis Perkahwinan dalam bentuk fizikal. Teruja pulak bila PI bawa balik kad jemputan dari Huda sempena perkahwinan putera sulungnya Amirul dengan pasangannya Hajar yang berlangsung pada hari ini.
Majlis diadakan di Amber Event Hall, Eco Perniagaan Masai. Masa kami sampai, pengantin baru nak berarak masuk dewan, jadinya kita beri laluan pengantin masuk dulu.
Amirul ni sebaya dengan Iman, lahir tahun 2001. Tapi, dia lahir 1 Januari. Mana-mana kanak-kanak yang lahir sebelum 15 Januari akan masuk sekolah kebangsaan setahun lebih awal. Ingat lagi masa tu, Huda kelam kabut belikan baju sekolah sebab baru tahu tentang perkara tersebut.
Jamuan tadi, Nasi Beriani, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Dalca dan Pajeri Nenas serta minuman. Kordial Oren. Hari ni Sk tak cut sugar la.
Kaswi Leleh
Pudding Tutty Fruity (betul ke eja?)
Rojak Asma ni sedap betul.
Pesan dengan Iman, jangan tak datang Ayul kahwin. Jadi, ambil dulu dia di kolej bersama roommate, Ili.
Pakai tudung hadiah tempat ke 8 Top Komentar Blog Secawan Kopi Sekebun Cerita. Terima kasih, Nur.. cantik warna yang Nur pilih untuk Sk ni. Empat jam tau Sk tampal rhinestones kat lingkaran bunga ros tu.
Sk memang berangan nak cari tudung warna merah jambu dengan corak bunga berbingkai macam ni untuk disesuaikan dengan baju plain yang Sk nak pakai pergi pengantin Amirul ni. Dah beli tudung lain (online) tapi bila sampai, tak matching. Tu la tu bila tengok jer tudung yang Nur bagi terus.. aaaa.. tudung macam ni la Sk cari.
Huda kata, wahhh.. akak, tak sangka macam ni penatnya jadi mak pengantin, hahahah. Semoga Huda sihat-sihat sahaja ya. Tahniah, muda-muda dah jadi mak mentua. Untung la Hajar dapat mak dan pak mentua sporting.












Masya-Allah... gigihnya dan pandai SK tampal rhinestones tu. Bertambah seri tudung tu! 🥰
ReplyDeleteSedap tengok nasi kenduri tu, besar-besar nanas pajeri. Nama Amirul mesti panggil Ayul. Anak sulung saya pun, arwah opahnya panggil Ayoi. 😊
Eh, betul la tu panggil Ayul, hihi. Terima kasih lagi sekali, Nur.
DeleteComel je bunting gambar pengantin masa kecik. Jarang dah bagi kad fizikal. Bos Cie kenduri belah lelaki minggu lepas pun bagi kad fizikal. Lupa dah campak mana. Hihi
ReplyDeleteComelnya gambar Amirul dan Hajar masa kanak-kanak. Tahun ni kita dapat 3-4 kad undangan fizikal.
ReplyDeleteTahniah buat mempelai dan keluarganya.
ReplyDelete