LEMPENG CAIR SAMBAL HIJAU IKAN BILIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum wbt

TAHU dah, hari ini mesti akan datang rasa malas nak ke pejabat, jadi awal-awal Sk dah mohon cuti di aplikasi hrms. Mula cakap dengan Naza, sayang nak ambil cuti. Kalau penat sangat atau lenguh lutut kaki sakit akibat banyak berjalan di MAHA 2022, pergi sahaja klinik minta MC. Duit rawatan boleh tuntut semula dan tak perlu ambil cuti tahun. Tapi, Sk ni adalah sejenis yang tak suka jumpa doktor sebenarnya, penakut pun iya. Jadi, kita akur sahajalah potong cuti tahun, hihihi.


Sebelum pukul 7 pagi, Sk bersarapan dua keping roti gardenia wholemeal yang dilepa mentega dan jem stroberi  dengan secawan nescafe o panas. Pukul 9, terasa nak bancuh lempeng sebab teringat sambal hijau ikan bilis yang Sk beli dari kantin Kak Sab minggu lepas.  Teringin nak makan lempeng yang garing tapi lembut jadi tepung gandum Sk bancuh dengan air banyak serta sebiji telur dan garam secukupnya.

Lepas bancuh sebati kacau guna handwhisk, Sk tinggalkan dulu di dapur bagi tepung mengembang. Ini petua dari Mak Cella yang banyak berkongsi tips masakan kerana beliau memasak dengan ilmu yang dipelajarinya semasa belajar Sains Rumah Tangga di bangku sekolah menengah dulu. Memang berbeza kalau terus melempeng lepas bancuh dengan bersabar tunggu dia mengembang. Macam selalu, melempeng dua kuali serentak supaya cepat siap dan cepat dimakan, hahahaha.

Syukur selalu ❤️


Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Oh, pergi MAHA rupanya ye :)
    Lama pulak rasanya tak makan lempeng. Sedap tu cicah dgn sambal bilis.

    ReplyDelete
  3. Uiii...sedap pulak nampak lempeng ngan sambal hijau tu...
    Nipis elok lempeng SK..
    Saya panjangkan ilmu dari cikgu yang ajar SRT semoga ada catatan pahala juga Allah berikan kepada cikgu SRT tu..
    Sabtu ni nak melempang jugak lah

    ReplyDelete
  4. OK, esok PC pulak melempeng.. aduh..

    ReplyDelete
  5. sedapnya makan lempeng cicah dengan sambal ikan bilis ni :)

    ReplyDelete
  6. 2 minggu lepas makan lempeng dengan sambal tumis sedapnya :)

    ReplyDelete
  7. Menariknya gabungan sambal hijau ikan bilis .. Selalu sambal bilis biasa je kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!