MAKAN SAMPAI LICIN DI BUDAK SIEW MAI.. DI HARI KETIGA PKPB 2.0

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

BARU masuk hari ketiga PKPB 2.0 dah Tak larat nak masak?? Iolah, dah pergi meronggeng ke Ikea tu, kan.. ingatkan bolehlah tapau makanan kat cafe atau nak bungkus Nasi Ayam sedap di Kafe Kiri Kanan, sekali Pak Inche kata, dia dah makan nasi, dia minta bungkuskan makanan selain nasi, terus Sk buntu nak tapaukan apa untuk makan malam. Nak senang, keluar makan ajelah, cuma Iman Tak nak ikut sebab dia kata masa PKPB 2.0 ni cuma dua orang dibenarkan semeja, nanti tak pasal-pasal kena saman seribu ringgit, adeh!


Memang betul pun, di hadapan kedai terpampang kenyataan di atas, hehehe. Berbeza dengan keadaan sebelum ini, setiap meja hanya diletakkan dua buah bangku sahaja. Tapi... Masa kami sedang makan, ada family yang datang tiga, empat beranak, staff restoran mencantumkan meja membolehkan pelanggan duduk sekeluarga.  Tu takpa, lepas makan, masa nak bangun tu baru Sk sedar, jarak pelanggan meja belakang dengan Sk tak sampai tiga jengkal, erkkk!


Punyalah lama belek buku menu, sudahnya Pak Inche pilih nak makan Kuey Teow Kerang sajo. Pada mulanya tertarik nak makan Prawn Mee tapi kata staff tu, hanya ada udang galah, lepas tu keliru dengan harga yang ditawarkan mengikut saiz, tapi tak tahu saiz apa ada, berbelit-belit, haha.. tu yang malas nak fikir, makan kuey Teow ajelah sonang, hahah.


Seafood Wan Tan Hor ni apa? 
Oh, ini kuey teow campur bihun dimasak macam Mee Ladna, jawab staff restoran bila Sk bertanya salah satu menu dalam buku menu. Dan bila sampai ke meja, oh, macam Mee Sarang atau Crispy Bihun Hor Fun atau masakan mee cantonese. Cuma yang ini ada dua jeni's mee iaitu bihun yang digoreng garing membentuk sarang dan diletakkan Cantonese Kuey Teow di atasnya. Tengok pada tekstur bihun seperti minyaknya tidak cukup panas menjadikan ia tak mengembang dengan sempurna.


Walaubagaimanapun masakan ini masih terasa sedap dan tidak mengecewakan bagi Sk yang agak mahir memasak mee kantonis. Potion Wan Tan Hor ni agak besar dengan saiz pinggannya sebesar rekod pairing hitam zaman filem Anakku Sazali, huhuhu.
Macam tak percaya, Sk mampu makan sampai licin.. errrrr.. Sk?? Pernah ke makan tak licin??? Kahhhhhh






Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul kata SK. Pinggan dia rupa rekod piring hitam filem Anakku Szali...kah kahahah! Kelakarlah SK ni!

    ReplyDelete
  2. saya pun tak pernah makan Wan Tan Hor ni..belum jumpa lagi kedai yang menjual nya.. Teringin pulak nak rasa, nampak macam sedap..

    ReplyDelete
  3. Dah lama x makan di luar pd musim covid ni. Cuma tapau je.

    ReplyDelete
  4. eh nampak cantik pulak bila bersarang macam tu..nasib baik sedap ekk

    ReplyDelete
  5. SA antra manusia yang suka ngan menu yang SK makan tu...ala2 mee kungfu, ala2 mee ladna gitu...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  6. Seafood Wan Tan Hor tu tak pernah rasa tapi looks sedappppp

    ReplyDelete
  7. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!