Assalamualaikum...
SEJAK hari-hari bawa bekal ni, dah tak ada lauk atau nasi lebih. Teringat masa BDR dulu, setiap kali nak makan, perangat jer lauk apa yang ada, tapi hari ni, tak ada apo nak diperangat. Supaya tak merapik meraban makan yang bukan-bukan, hari ni kita rajin-rajinlah masak walaupun yang nak makannya Sk seorang. Iman kerja hari ni dan katanya, lepas ni setiap Jumaat dia kerja sebab nak bagi laluan rakan intern yang lelaki pergi solat Jumaat dengan tenang dan senang.
Teringat masa kerja di Bukit Senyum dulu, kadang-kadang tapau nasi lauk sardin dari kedai mamak di medan selera Taman Pelangi. Kuahnya masak kari tapi ada rasa sos sardin tu. Kalau ibu Sk masak kari sardin, dah tak ada rasa sos sardin sebab ibu akan cuci sardin tu sebelum masuk dalam kari. Akhirnya dah tahu jawapan bila seorang kawan sekolah beritahu macammana nak masak sardin stail mamak ni, suaminya la yang ajarkan, memang betul sedap sebiji rasanya macam sardin kedai mamak tu, hihi.
Rujuk resepi di setiap gambarlah ya.. jari penat nak taip, penat lipat kain, hahahaha.
Tapi awas, periuk nasi bocor Sk tataw!!!
Wowwww... Klu masak sndri konpom berselera lebih sket tu kak hahaha... Tp sy suka sambal sardin.. Pedas2 mmg cili je lbh klu sy yg masak laa.. Dh mcm masak kuah sambal jdnya hahah
ReplyDeleteHahahaaa... kalau dah nama lauk sardin, periuk tetap bocor punya!
ReplyDeleteeh tersama pulak menu harini. Saya masak sambal sardin cuma tak masuk blog je. Tak pernah lagi makan sardin kari stail mamak. Boleh dicuba ni.
ReplyDeleteWah..sardin ala mamak...
ReplyDeletetersenyum meleret PI dapat menu mamak ni...memang bocor periuk la
Lamanya tak makan sardin
ReplyDeleteoh letak rempah kari ya, boleh cuba ni
ReplyDelete