MAKAN NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

DULU.. kesian betul bila dengar orang beratur sampai sejam setengah semata-mata nak makan nasi kandar. Ialah, cuba kita berada di tempat mereka, datang dari jauh ke Pulau Mutiara sebab nak makan nasi kandar. Sampai-sampai orang ramai dan memang kena ikut giliran. Takkanlah tak jadi pulak, kan. Terpaksalah beratur jugak, ingatkan sekejap.. beratur punya beratur, nak patah balik, macam dah ter-beratur, jadi teruskanlah jugak beratur.. sedar tak sedar, dah lebih sejam beratur 😂

Itulah yang berlaku kepada kami apabila beratur selama sejam setengah di Nasi Kandar Kampung Melayu yang terletak di Flat Air Hitam, Penang. Sebenarnya, duluuuuu.. kedai nasi kandar di sini cuma dibuka hingga jam 12 tengahari sahaja. Kami akan makan di cawangannya yang dibuka di Food Court Desa Mawar, berhampiran, yang dibuka pada jam 4 petang. Tak tahulah pulak, medan selera di sana dah berubah rupa. Dua tahun kami tak ke Penang kerana PKP, alkisah semua dah berubah dan NKKM telah beroperasi sepenuhnya di Flat Kampung Melayu. Kalau di desa mawar dulu, tak la beratur panjang, setakat dua tiga orang sebab kebanyakan pelanggan di sana adalah penduduk tempatan.


Bercuti dalam musim perayaan, semua tempat pun beratur kalau nak makan nasi kandar. Nak tak nak, beraturlah kami, barisan bergerak sangat-sangat lambat. Rasanya masa beratur di Restoran Kari Kambing 40 hari tu, lagiiii la panjang barisan, tapi laju jer bergerak, jadi kami bertabah sajalah. Lebih melambatkan pergerakan apabila pelanggan terpaksa menunggu ayam goreng dalam kuali 😅


Berbaloi ke beratur demi sepinggan nasi kandar? Sehinggakan nak menyuap makanan pun rasa dah tak bertenaga 😜. Iman siap pesan sejag minuman kerana terlalu dahaga. Yang ambil pesanan tu pun terkejut, tiga orang makan nak minum air satu jug 😂

Nasi putih, kuah campoq, kubis, bendi, telur masin, sotong dan ayam goreng baru keluar dari kuali, memang surrr. Tapi, kecewa sikit sebab ayam goreng terlebih masak sebab kurang pemantauan semasa menggoreng. Apa ketidaknya, dia yang goreng ayam, dia yang tambah lauk, dia yang angkat tong gas 😅😅😅






Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tak pernah makan betul betul punya nasi kandar... nasi lauk kari restoran ayub taman u tu selalu sangat

    ReplyDelete
  2. Kalau dah suka kan..
    Betul la kalau dah sampai takkan tak beratur.Cuma kalau ada baby mungkin fikir 2 3 kali la kan

    ReplyDelete
  3. Wak tak pernah makan nasi kandar rasanya

    ReplyDelete
  4. memang blom ada experienced lagi kot beratur panjang macam ni...selalu nak makan nasi kandar dapat je...hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!