DAGING KURMAK TERLAJAK SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

DAGING KURMAK TERLAJAK SEDAP

 Assalamualaikum...

HARI ini Sk gantung kuali. Penat mendobi dari pagi sampai tengahari sebab dah beberapa hari tak membasuh pakaian. Puasa kali ini rasa lapar letih lain macam. Jadi, bila hampir setiap hari memasak, hari ini rasa nak berehat la pulak, hihi.


Daging Kurmak yang Sk gandingkan dengan Nasi Minyak. Walaupun ada yang kata, masak kurmak ni macam masak kari, tapi bagi Sk, mungkin cara masakannya sama, tapi ada beberapa bahan yang membezakan antara masak kurmak dan masak kari. Contohnya penggunaan daun ketumbar dan cili hijau. Sk pernah kongsikan cara memasak kurmak yang mana daun ketumbar dikisar bersama cili hijau dan dimasakkan ketika menumis bahan tapi kali ini Sk masukkan di akhir masakan bulat-bulat tanpa dikisar.

Daging Masak Kurmak

Bahan-bahan :

300gm daging dipotong selebar 1"
Minyak untuk menumis
6 bawang merah dimayang
3 bawang putih dimayang
1" halia dipecahkan
1 serai diketuk
1 kulit kayu MANIS
2 bunga lawang
4 bunga cengkih
2 biji pelaga
4 sudu rempah kurma campur air dijadikan pes
1/3 cawan susu cair
2 tomato belah dua
2 kentang belah empat
2 cili hijau belah dua
1 pokok ketumbar

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sekejap.
2. Kemudian tumiskan halia, serai, bawang merah, bawang putih, bunga cengkih dan biji pelaga sehingga layu.
3. Masukkan pes kurmak, tumis hingga pecah minyak sambil tambah air sedikit-sedikit.
3. Setelah tumisan cantik, tambah sedikit air, masukkan daging dan kentang, masak sehingga empuk dan kuah pekat. (Sk pindahkan dalam pressure cooker)
4. Bila daging dah cukup empuk, masukkan susu cair, biar mendidih lagi sekali.
5. Akhir sekali, masukkan tomato, cili hijau, kacau sebati, kemudian masukkan pokok ketumbar, boleh tutup api.


Nak lagi sedap makan nasi minyak dengan daging kurmak, kena ada telur rebus. Kalau di Johor ni biasanya makan dengan telur pindang tapi Pak Inche tak makan telur pindang.


Pelengkap nasi minyak, Acar Jelatah. Yang ni kalau buat sendiri, puas dapat makan banyak. Kalau beli, secoet aje diletak dalam beg plastik. Lepas tu nak keluarkan bukan main payah sebab terselit kat hujung-hujung plastik, hihi.


Ops! Tak Johor la kalau makan nasi minyak tak minum Bandung Soda, hehehehe.

Hurmmm.. teringin nak makan Laksa Johor hari ni, dah pesan Pak Inche, harap-haraplah jumpa, Amiiinnn.










8 comments:

  1. Sedapnyaaaaa.....nak beli la daging batang pinang and buat masak kurma nanti...

    ReplyDelete
  2. Laaa sy igtkan akak mmg saja tambah K jd kurMAK 😅😅 rupanya mmg ada eh masakan tu.. First time tau..

    ReplyDelete
  3. Kecik-kecik dulu sakit hati kalo makan kurmak sebab selalu tergigit buah pelaga, rasa getir. Dah tua-tua ni tersuka pulak dah.

    ReplyDelete
  4. Daging tempatan pun dah bukan main mahal harganya.
    Buat kurmak telur ajelah.

    ReplyDelete
  5. apa ni semua sedap ni. kite dah lama tak jenguk sini, jenguk2 terus lapau.huhuhu

    ReplyDelete
  6. Wow.. lama x makan kurmak.. bandung soda pun sama.. kalau g bazar.. matanya meliarrr tengok memacam...

    ReplyDelete
  7. Ini kalau daging kambing...
    huh,lagi la

    ReplyDelete

  8. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih