BERBUKA PUASA PERTAMA DI HARI JADI ABANG JAMAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamuaikum wbt 

SEMPURNA sudah hari pertama berpuasa Ramadhan 1443H. Syukur juga kerana puasa tahun ini ramai yang dapat kembali ke pangkuan keluarga selepas dua tahun kita berpuasa dalam situasi pandemik yang melanda seluruh dunia akibat virus covid 19. Selepas dua tahun berpuasa di rantauan, kali ini Cikwa balik menyambut puasa di Johor. Dapatlah adik-beradik Sk berkumpul tahun ini.

Hari ini juga merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Abang Jamal yang ke 56. Mungkin ada pembaca yang mengikuti blog Sk ni masih ingat, abang ipar Sk ni mengalami stroke tahun lepas. Keadaan kesihatan Abang Jamal turun naik jugak. Syukur, semasa mula-mula dulu, Abang Jamal tidak dapat bergerak sendiri tapi atas pelbagai usaha Angah, akhirnya Abang Jamal dapat kembali berjalan walaupun rentaknya agak perlahan.


Maaflah Abang Jamal, tahun ini Uda datang bawa perut aje. Lepas check out dari Double Tree By Hilton Melaka, kami terus balik ke Johor mengikut jalan lama. Perjalanan yang sepatutnya cuma dua jam, jadi empat jam. Ingatkan nak tapau Nasi Beriani Md Shah di Batu Pahat, tapi tak buka dan tak nampak di mana kedainya yang baharu. Nak tapau Kari Kambing 40 Hari, rupanya hari Rabu nanti baru buka. 


Sudahnya tapau nasi beriani dari restoran nasi beriani berdekatan rumah. Malas nak promot nama kedai, tapi Sk pernah tulis tentang kedai ni dulu. Beli dua bungkus jer nasi beriani lauk kambing. Sk suka cara pembungkusan dalam bekas macam ni sebab lebih mudah nak makan cuma kos mungkin agak tinggi yang sebenarnya kita sebagai pembeli la yang perlu menanggungnya.


Angah minta Cik Ani masakkan Soto Daging dan Tulang Lembu. Sekarang ni, bab masak memasak memang serah aje pada Cik Ani dan Che Li yang ringan tulang. 


Boleh pilih nak makan dengan nasi impit atau bihun. Aksesori soto yang lain disediakan oleh tuan rumah. Cikwa dan Indah pula ambil bahagian buat bergedil. 


Sk ambil bahagian.. makannnnnn!!! Pilihan Sk tentunya Soto Nasi.

Buat Abang Jamal, Selamat Hari Lahir. Semoga kembali diberi keafiaatan, panjang umur, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Syukur Alhamdulillah!



Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah..syukur dapat berjumpa dan kesihatan makin baik. Seronok dapat berkumpul ramai ramai. Ngences tau tengok soto tu kak.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir encik Jamal.. Moga sihat sihat dan diberkati Allah selalu.


    ReplyDelete
  3. Seronok berkumpul kan...macam tu jugak la SA seronok berkumpul...x sempat nak buat BBQ je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!