Assalamualaikum wbt
SELEPAS tiga minggu berturut-turut tidak bekerja pada hari Ahad dan Isnin, nampaknya minggu ni kenalah jugak masuk kerja macam biasa lima hari seminggu. Lepas ni, kena tunggu Cuti Hari Agung sajalah yang jatuhnya pada hari isnin, 6 Jun akan datang. Tak sabar rasanya nak bercuti.
Masa ke Muar hari tu, Sk ada beli Perencah Mee Bandung Abu Bakar Hanipa. Dah jadi pun Mee Bandungnya, cuma entri Mee Bandung jer yang belum jadi 😅. Mee kuning yang digunakan berbaki setengah kilo, ish.. kalau dibiar tentu rosak dan membazir. Hari tu memang tak ada jual pek kecik, terpaksa beli pek sekilo.
Pagi ni, datang pulak mambang rajin, nak bawa bekal mee goreng. Orang kat rumah ni, dengarnya nak cari Mee Kuah dan Lontong kat Pasar Tani. Tak tahulah jadi ke tidaknya lepas nampak Mee Goreng ni, sebab dorang jenis tak minat makan Mee Goreng pagi-pagi.
Aisehmannnn.. siap jer goreng, panas-panas tu jugak, terus mengadap sepiring. Fullamak, kalah Mee Goreng Kantin Kak Sab. Mee Goreng Pak Mus pun kalah. Mee Goreng Mamu lagilah tertinggal jauhhhhh. Kalau dah memang air tangannya sedap, masak campak baling pun sedap 😆.
Yoshhh.. sedapnya jadi menu hujung minggu ni..
ReplyDeletesedapnya mee goreng.. td kat kantin ade jgk mee goreng terliur tgk.. tp xjd amek sbb nk mkn ns putih dan daging goreng.. haha
ReplyDeleteTengok pun dah taw sedap..ngences la kiteeee
ReplyDelete