MAKAN-MAKAN SEMPENA HARI JADI BOS

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum...

ALKISAHNYA Pak Inche dah rindu sangat nak buat bbq. Walaupun kami dah cakap, malas, tapi beliau tetap bergedil berdegil. Boleh aje kalau nak grill daging atas pan tapi dia nak juga guna arang. Sk cakap dengan Iman, tak apalah, layan aje, apa kita nak makan dia layan, jadi apa dia nak makan, kita buat ajelah.. huhu.

Disebabkan Pak Inche kerja siang tu, SK la tukang perap dagingnya. Sk pun lupa bila Pak Inche beli tiga keping rib eye untuk bbq tu. Tekak kita pulak nak makan pasta, jadi Sk cuma perap dua keping sajo. Petangnya, Sk masak sos bolognese siap-siap, jadi malam tinggal rebus pasta, Sk guna fettucine sebab masa beli tak jumpa spaghetti.


Pukul 8 malam, baru nak nyalakan arang, hihi. Jenuhlah Pak Inche mengipas sorang-sorang. Ialah, PKP mana boleh jemput orang datang rumah. Patuhi SOP, kedaulatan undang-undang. Jangan cuba melangkawi melangkaui batas. 

Sementara Iman layan babahnya mengipas, Sk rebus pasta, buat sauteed vegetables dan panaskan baked bean dalam tin. Oh, ya, Sk juga buat sos bbq.. ala.. guna demi glace brown sauce jer pun. Kita pasal mengelat kan nombor satu 😝

Iman kata, kiranya makan-makan ni sempena hari jadi Orbit, Snake, Jeton dan Yummy. Siang tu, Sk belek-belek gambar, tengok gambar dorang (orang ke?) masa Si Tino bawa ke rumah kami. Tengok tarikh, anggarannya hari tu la mereka dilahirkan.


Seminggu sebelum gambar ni, Si Tino dah beranak. Tino ni kucing jalanan yang selalu datang rumah dan beranak pun kat rumah kami. Lepas tu, bila kita masukkan anak dia dalam kotak, dia rasa tak percaya kot, angkut sana, angkut sini, takut terlenyek tayar kereta, Sk masukkan dalam sangkar, padan muka tak boleh angkut-angkut lagi.


Bila dah besar macam ni, eh .. sayanglah pulak nak lepaskan. Kesian tengok berhimpit-himpit dalam sangkar, bolehlah pulak belikan Banglo Tiga Tingkat untuk budak-budak ni. Sekarang ni, dah jadik bos dalam rumah. Kena siapkan makan, bersihkan jamban.. hurmmm.


Dorang buat apa??? Tidooooo jer tauuuuu. Wallpaper habis dikirainya. Menyepah nombor satu.
Ni sekor tak ada, kan? Memanjat laaa... atas kabinet gantung. Lapar nanti, turun laaa.

Sorrylah bossss, ini makanan manusia, bukan kucing macam bos. Lagipun, mana bos reti makan benda ni, hahahaha.. hahahahaha..















Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah! Set hidangan menjadi dengan jayanya. sudah tentu seronok sangat orang yang diraikan tu.

    ReplyDelete
  2. Kalau buat BBQ tu kat Nilai3 bokeh la jugak kitorang joint😝

    ReplyDelete
  3. Alaaa comelnyaaa sekor tuuu warna oyennn. Ikut bapakkk ke tuu hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.. betullah ikut bapak agaknya.. sume ikut bapak kecuali Jeton

      Delete
  4. Yang oyen tu lawo
    Misyai pun panjang

    ReplyDelete
  5. Boss besar teringin, layankan saje. lagi sedap bakar guna arang tu. Amboii kekucing semua tidur je kejenya. Hehe

    ReplyDelete
  6. Haih..terliur SA tengok semua tu ha...bestnyaaaa....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!