Assalamualaikum wbt
TERLEBIH dahulu, terima kasih untuk pageviews yang ke 26 Juta hari ni. Sk tak sempat nak screen shot, tengok-tengok pagi ni, dah 26,003,+++. Walaupun pageview dah tak cecah lebih 30K sehari macam dulu, tapi puas hati sebab entri harian Sk mencapai lebih 1500 klik. Tapi, manalah tahu, kan.. orang klik aje, tapi tak baca pun, hahaha. Dah, tak mahulah eksyen sangat, takut orang menyampah pulak. Hurmmm.. ada ke yang menyampah ngan kita??
Sejak dapat tahu, Dapur Jendela telah berpindah ke Taman Setia Tropika, memang teringin sangat-sangat nak makan di sini. Sk pernah ceritakan tentang Dapur Jendela DI SINI.. lama dulu, tahun 2013, dah 9 tahun ko, hahaha. Masa tu DJ beroperasi di lorong bazar karat dengan konsep ala-ala sekolah zaman 80-an yang menawarkan menu tempatan dan barat.
Kemudian, banyak kali jugak la bila Sk ke bazar karat, dah tak nampak lagi Dapur Jendela. Selepas PKP dilonggarkan, Sk dapat tahu, mereka berniaga di Kampung Melayu Majidee. Dah kita suka, kan.. memang mencari jugaklah sampai ke Kampung Melayu tu, tapi kawasan tu agak sempit, jadinya, Sk tak jadi singgah sebab tak ada tempat parking. Sk dapat tahu DJ membuka kafe di Taman Setia Tropika, baru-baru ini namun masa tu, kami sedang sibuk dengan urusan Iman dan pelbagai lagi kesyulitan, sehinggalah kelmarin, Sk ke sini berdua sahaja dengan Iman sebab Pak Inche bertugas di Stadium Hoki sempena Piala Sultan Ibrahim.
tahniah SK 26juta view..terasa kerdil diri ini malu..
ReplyDeletementaiko pasta nampak pun dah tau memang premium..unik
Cantik persembahan mentaiko pasta. Rasanya saya boleh cuba makan. Hoho telur ikan mentah.
ReplyDeleteNI yg rasa nak gi JB ni....
ReplyDeleteTahniah SK...Saya merangkak dari belakang memberi sokongan yang depan agar terus maju ke depan...
ReplyDeleteTelur ikan tu masak ke mentah tu SK sampai meletus dalam mulut tu..🤭
Kalau telur mentah tak nak terliur lah..hihihi
Tahniah kak PV semakin meninggi. Menarik tu dekorasi moden dan klasik. Tahniah juga Iman berjaya turun 3kg. Americano kopi diet pun bolehlah kan. Asalkan kopi. Dia punya food presentation memang tiptop!
ReplyDeleteTahniah SK sudah cecah 26JUTA PV. Bukan calang-calang blogger tau.
ReplyDeletePengisiannya sentiasa menarik, gambarnya, gaya penulisannya sentiasa memikat pembaca untuk terus datang bertandang.
Haih..mcm mana la pengalaman SA nanti...dah la sensorang nanti kat rumah...Pak Zain ngan Mak Pah je la melayan nampaknya...
ReplyDelete