Assalamualaikum WBT
SEJAK nampak papan tanda Lazy Monday dipasang di Pusat Komersial Suria, Gelang Patah berhampiran Restoran Anjung Selatan, dah berzikir nak singgah makan di sana. Siapa lagi kalau bukan Iman. Sk pun dua kali lima la, teruja tengok LM di belakang Thistle Hotel yang sentiasa dipenuhi pelanggan dan tular di Tik Tok. Jadi, bila tahu LM buka cawangan baharu yang berhampiran rumah dan luas parkirnya, memang rasa tak sabar.
Bapak ada, anak tak ada. Anak ada, bapaknya pula kerja. Dah dua-dua ada, jom kita ke sana. Macam biasalah, kebanyakan kafe sekarang, nak tengok menu perlu imbas QR code. Lepas tu buat pesanan terus dalam talian. Hurmmm.. baik pesan guna Food Panda atau Grab Food. Kesian orang tua macam Pak Inche, hahaha. Dia tak boleh masuk kepala ya order guna apps ni.
Kalau ada Iman, semua serah kat Iman la. Kalau tak ada, Sk pandai la sikit-sikit. Tapi jangan masa tu line internet lembab, apapun jadik lambat.
Betul-betul lazy ni.. fries letak alat-alat dalam kotak macam tu???
Seasoned Fries Spicy Mayo RM12.50.
Naik darah Sk tengok. Patutlah namanya Lazy Monday, hahaha. Sebenarnya, tambah bengang lagi, kat luar ada tulis, pasta, wagyu dan macam-macam lagi tapi tengok dalam menu main course semua burger.
Lazy Caramel Machiato RM16.90. Pesan satu minuman jer petang tu kan dah mengopi di
Bask Bear.
Ais Kosong dan kongsi minum Caramel Machiato. Sejak bila pandai berjimat ni??? 🤣
Chicken Mushroom Pie, RM11.90
Puff Pastry dengan inti ayam dan cendawan tapi mix vege yang lebih 😆. Crust di bahagian atas dia kemahen tebal dan keras.
Northender Special, RM29.70.
Kerana kecewa tak ada pasta dalam menu, cuma pesan sebiji burger ni jer la buat raso-raso.
Dah pening cemana nak makan. Ni dorang bagi sarung tangan plastik supaya tangan tak comot.
Gigit la celah mana yang dan.
Tangan tak comot, muka comot. Patty daging dia sedap, ada onion rings jugak dalam dia. Sedap la burger tu, puas hati. Walaupun kongsi bertiga, tak boleh habis ya. Fries pun tak habis, jadi, baki burger masuk dalam kotak fries tu, bawa balik. Ada guna rupanya dorang bagi fries dalam kotak terus, hahaha.
Waze aje!
Sedapnya. Macam-macam menu ada.
ReplyDeleteNampak menarik semua hidangan yang sis order!
ReplyDeleteSaya pun tak suka order makanan guna apps. Kalau ada anak- anak ok lah juga boleh tolong order sebab order cara begini memang sudah jadi budaya mereka.
ReplyDelete
ReplyDeleteKelakar tengok PI cari angel ngan gigit buger tu..hihihi..
Biasanya burger comot-comot memang sedap..
Besarnya signboard! Mknn bbnu ni... kalau #theIMANs ni confirm lps mkn sini akn lapar balik... hahaha
ReplyDeletediorang siap bagi sarung tangan plastik erk...bertambah lagi ha wishlist...semua tempat SK share nampak best ha
ReplyDelete