KARI AYAM BERTELUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


MASAK Kari Ayam ni minggu lepas hari Khamis. Sk tak pergi Senai, semua orang masa tu tak ada rumah. Biasanya, Khamis malam makan kat luar, tapi sebab balik awal, Sk rasa lebih eloklah memasak. Bila buka jer bekas rempah kari tu, Sk tengok warna rempahnya lain sikit. Baru teringat, hari tu kemas-kemas kabinet, Sk jumpa rempah kari jenama Mak Siti, biasanya Sk guna rempah Cap O. Rempah kari Cap O lebih kemerahan berbanding rempah kari Mak Siti.

Ayamnya dalam enam ketul jer potong kecik-kecik, pun tak habis ya. Benda tak habis, kita masuk dalam bekas, simpan dalam peti sejuk la.


Ada ayam goreng yang digoreng dalam kuali. 


Semalam, masak Sambal Daging (ni malas nak boh tajuk lain). Sk panaskan Kari Ayam tu. Nampak.. dah seminggu kari ayam dok dalam peti sejuk. Imannya tak mahu panaskan untuk makan tengahari, dia lebih rela masak maggi. Yang lagi dua mangkuk tu, Tauhu Bakar dan Hati Lembu, Pak Inche beli kat pasar malam. Pun tak habis ya karinya, ada lagi seketul ayam dan dua ketul kentang. Kita simpan lagi.


Pagi tadi, panaskan nasi dan kari tu sambil kukus telur. Kopek telur campak dalam kari, jadilah bekalan hari ini, nasi putih dan Kari Ayam Bertelur, hahahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dahsyat kari ayam ni, boleh bertelur..nak jugak tahu rahsianya hahahah

    ReplyDelete
  2. Nasib kita baca smp habis sbb cari gak mana telor ayam kari tu hahah rupanya telo asing last sekali hahha

    ReplyDelete
  3. Wah.. samalah kita kak.. sy pun suka kari cap O tp campur2 jugak dgn kari jenama lain.. mula ingt telur dipecah dlm kari sekali rupanya telur rebus.. haha

    ReplyDelete
  4. terpedaya dengn tajukkk...hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!