Assalamualaikum WBT
MENYEDIAKAN lebih 70 menu, Ramadhan akan datang, jomlah berbuka puasa di Iftar Buffet Ramadhan Vantage Bay 2023 buat julung-julung kalinya. Terletak di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut (berhadapan KFC dan bersebelahan Mc Donald Stulang), Iftar Ramadhan Vantage bay membawakan suasana indah berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai dengan juadah masakan kampung yang sentiasa memenuhi selera apabila berbuka puasa.
Masakan disediakan seperti di rumah sendiri tau.
🌸Buffet Iftar Ramadhan Vantage Bay🌸
📍 Restoran Pretty Event & Hall, 6376 & 9326, Vantage Bay, Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut
🗓️ 25 Mac 2023 hingga 19 April 2023
⏰ 6 pm hingga 9 pm
Harga Dewasa (18 tahun ke atas) RM89
Kanak-kanak (13 hingga 17 tahun) RM45, percuma (12 tahun ke bawah)
Harga termasuk 6% gst & 10% caj perkhidmatan
Percuma satu dengan setiap 10 pembelian
Untuk pembelian, sila hubungi 0167581307 (Liza), 01173394317 (Kak Sah)
Menu Omputeh atau Kambing Golek paling dicari-cari setiap kali ke Bufet Ramadhan.
Nasi Berperisa bersama Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Udang Sambal dan Acar Jelatah.
Pelbagai juadah enak masakan kampung disediakan seperti Ikan Berlado.
Masak Lemak Labu Kacang Panjang Daun Kunyit
Ayam Lemak Cili Padi
Asam Pedas Ikan Mayong
Ikan Cencaru Bakar Air Asam
Sambal Telur Rebus
Bahagian Ulam-Ulaman, Kerabu dan Ikan Masin
Ikan Bulu Ayam
Sambal Belacan
Air Asam
Ulam
Telur Masin
Rojak
Lempeng Sambal Hijau
Roti Jala
Pelbagai Manisan dan Kuih-Muih seperti Cream Puff
Brownies
Lepat Pisang
Koci
Kek Potong
Kek Potong
Bubur Pulut Hitam
Penghilang dahaga selepas seharian berpuasa, Kordial dan Minuman Panas
Ais Krim
Pepes dan Otak-otak
Perasmian Buffet Iftar Ramadhan Vantagebay 2023 disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Encik Muhammad Haziq bin Abdul Latif dan Pemilik Pretty Event & Hall, Puan Sabariah. Kredit gambar oleh Blogger Nona.
Tempah jangan tak tempah tau. Susah ya nak jumpa buffet yang percuma untuk usia 12 tahun. Pendek kata, kalau anda ada lima anak usia 12 tahun ke bawah, maka mak pak jer yang bayar, anak-anak semua makan percuma. Maklumat tempahan boleh scroll semula ke atas, hehehe.
Wassalam.
Lempeng dgn sambal tumis ke tu? Menarik nampak semua lauk-pauk dan pelbagai hidangan makanan, mujur belum puasa ahak!
ReplyDeleteLempeng dengan Sambal Lada Hijau, hehehe.
DeleteRasa dah lama tak makan lempeng 😬 Murah tu harganyaaa 👍
ReplyDeleteAngkut Non kalau ada anak sedara bawah 12 tahun, hihi
DeleteEheee... nampak pepes dengan otak-otak...terus jadi rindu Johor!
ReplyDeleteIdentiti negeri Johor, kan Kak Amie.
DeleteSiapa ajak SA buffet agak rugi sebab SA nyer perut kecik sangat..hahahaha...sekejapan je dah kenyang..selalu amik portion sikit2 dan yg berat last sekali
ReplyDeleteKita pun macam tu. Muda2 dulu jer boleh makan banyak hampir semua menu, hihi.
Delete