MAKAN DI ROTI RENTUNG CAFE LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


LONG weekend yang meriah dengan macam-macam acara peribadi jadi hanya mampu duduk di rumah. Nak JJCM jauh-jauh pun tak boleh memandangkan ada beberapa tempat yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) malah Johor Bahru sendiri telah diisytiharkan sebagai zon merah rentetan kes jangkitan Covid 19 yang tetiba mendadak naik. Malah, Sk terpaksa menolak untuk hadir dua jemputan majlis kahwin kerana paranoid disebabkan beberapa kluster yang muncul dari majlis perkahwinan. Orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati, dan permohonan maaf telah dihantar kepada tuan rumah semoga mereka memahami dan dipermudahkan segala urusannya.


Kali kedua kami ke Roti Rentung Cafe dan kali pertama bagi Iman. Disebabkan itu, Sk pesankan minuman yang paling istimewa untuk Iman iaitu frape campuran buah-buahan, apakah namanya.. Bob bob.. bob.. ah lupa lahh.. hahaha.


Sebenarnya plan awal nak makan di Restoran Lapan Kati tetiba Pak Inche berubah fikiran nak makan western. Iman pulak dah simpan perut nak makan nasi, jadi disebabkan dia kata lapar, maka pilihan Iman, Spaghetti Bolognese. Iman kata, biasa-biasa aje sos bolognese tu, taklah sedap atau tak sedap, boleh dapat rasa yang sama di tempat lain. Bolognese paling sedap tentulah masakan bonda, hehehehe.


Sirloin Steak untuk Pak Inche. Ini kali pertama kami pesan sirloin, ternyata memang tidak menghampakan. Dengan kepingan daging yang tebal namun dipanggang begitu sempurna, dagingnya berjus dan lembut dikunyah. Dengan hanya RM35 sepinggan ni ada tiga side dish serta sos lada hitam yang sedap. 


Sepatutnya pembuka selera, tapi lambat pulak sampainya Sup Cendawan ni. Dihidangkan bersama dua keping roti yang dipanggang bersama mentega bawang putih. Roti tu agak masin, tapi bila celup dalam sup tak terasa sangat la. 


Kalau nak datang sini, anda kena bawa banyak kesabaran. Punyalah lama menunggu hidangan yang terakhir ni, Chicken Parmigiana. Satu menu yang jarang Sk pilih tapi sajalah nak kelainan asyik makan pasta aje kan. Nak bagi pembaca Alam Sari ni cuci mato tengok ayam goreng pulak, ahahaha.
Kepingan whole leg celup tepung yang digoreng terendam, rangup tepungnya dan bahan perapan begitu terasa, kalau bawa anak-anak tentu dorang suka makan ni sebab ala-ala ayam goreng kefsi dengan limpahan keju. Ada fries dan coleslaw memang rasa macam kat kefsi sangat nih.

Kalau nak datang sini, bolehlah tempah meja awal tapi kalau dah tempah meja, janganlah tak tepati masa pulak ya, kesian orang lain yang datang nak makan tapi tak ada meja sebab semua meja telah ditempah. Masa kami datang macam tulah, tapi nasib baik tuan kedai ni bertolak ansur dan membenarkan kami duduk di meja yang telah ditempah. Makin malam makin ramai orang dan hidangan yang sampai ke meja semakin lambat. Macammana pun makan di sini memang puas hati dengan potion yang besar dan rasa yang tidak menghampakan.

Roti Rentung Cafe

No. 5 Medan Selera Koperasi, Latoh, 
81700 Kongkong Selat Mendana, Jalan Sungai Masai, 81750 Masai, Johor

Telefon 016 7404572


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong, bandar66, perang bacarat dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  2. nampak menarik sangat la air tu. macamana la rasa air? macam kena pegi je kedai makan ni semata-mata nak rasa air tu

    ReplyDelete
  3. Menarik la cara dia hidangkan makanan daN minuman ttu. Baru tengok je dah terbuka selera. Pandai diaorang hidang ..

    ReplyDelete
  4. Hahahaha paling buat muka laki den kalau ajak makan sini, lambat satu hal, pastu bingit woo dengan libe band tu, tak tau kenapa, kalau makan tak suka tenpat bising sejak-sejak ni, agaknya faktor usia...

    ReplyDelete
  5. Takut nama cafe ni tapi owner bijak guna nama macam ni utk daya tarikan...nampak sedap semua menu and well presented...

    ReplyDelete
  6. teringinnya nak rasa air bo...bo...bo.. tu... color dia menarik

    ReplyDelete
  7. Macam-macam nama cafe dan restoran yang SK selalu kongsikan. Kali pertama baca tajuk ingatkan makan roti rentung, kali kedua renung rupanya Makan di Roti Rentung Cafe! Ni nak kena tukar kaca mata lagi ni hihihiii.

    ReplyDelete
  8. oh bila la nak makan sini pulak eik...jauh sangat nak ke situ...huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!