RAIKAN CINTA FIDAH DAN FARID DI SEGAMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...


DEMI seorang kawan, Sk redah jugak sampai Segamat menghadiri Majlis Perkahwinan PKPB Fidah dan Farid yang diadakan di Bukit Siput, Segamat, Johor.
Fuhhh... jauh no Segamat ni, antara tempat yang Sk memang jarang-jarang nak datang. Rasanya Sk tiada saudara di Segamat ni tapi ramai kawan Sk yang tinggal dan kampungnya di Segamat.

Tapi, Sk pernah dulu ke Segamat semata-mata nak cari durian segamat yang dikatakan antara durian paling sedap di Johor, boleh baca kisahnya DI SINI.


Seperti biasa, majlis perkahwinan musim PKPB ni wajib patuhi SOP. Asalnya majlis ni telah dibatalkan apabila Johor diperintahkan PKPB selama 4 minggu dari 9 November hingga 6 Disember 2020 kan. Jadi, bila tetiba PKPB  ditamatkan, majlis ini dapat dilaksanakan jua, memang dah namanya rezeki, kan. 


Tetamu dihidangkan dengan nasi beriyani dan bagi yang nak makan nasi putih, ada juga nasi putih berlaukkan masakan kampung seperti masak lemak cili api, sayuran, ulaman, sambal belacan dan ikan kering masin. Sk pulak memang tak sah tak makan nasi beriyani di rumah kenduri, hehehe. Lauknya lengkap, ayam masak merah, daging masak hitam, dalca, acar buah, keropok moni dan buah-buahan. 


Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Macam rajin no ambil gambar kan. Sebenarnya masa ni tunggu pengantin habis makan beradap, tu yang tak ada kerja, ambillah gambar sikit-sikit, hahah.


Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Sebenarnya Sk dan Rafidah ni baru dua tiga tahun ni jer sepejabat, bukan dah bertahun-tahun tau tapi kami dikira rapat jugaklah dan sekepala. Malah, Sk antara manusia yang mula-mula tahu tentang perkenalannya dengan Farid. Sk doakan agar mahligai yang dibina akan kekal hingga ke syurga.


Aduhhh.. besarnya badannnn SK.. hahaha. Kitorang ni geng diet ke laut, kahhhhhhh.
Tak apalah, janji dah ada yang sayang, kui kui.


Tengok muka pengantin lelaki ni macam manja jugak ek orangnya, kahhhh. Patutlah Rafidah sukaaaa.. 


Hurmmm.. lepas ni mungkinkah kami akan berjauhan.. hanya takdir penentu segala. Sedih bila ada kawan baik yang terpaksa pergi ni tapi apakan daya, takkan selamanya kita nak ikat dia, kan.

Selamat Pengantin Baru, Rafidah dan Farid!


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alaaa besar-besar pun Pak Inche sayang tauu.. kita pun sama naik beso kak..hahahaha
    Hentam saje labu makan.. tahun depan je diet hahahahaha

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru kawan SK! cun gambar last sekali tu ;)

    ReplyDelete
  3. selagi kita blh memenuhi undangan apa salahnya kan..
    mmg ujian la those yang nak berkenduri time2 pandemic ni..

    ReplyDelete
  4. Selama pengantin baru buat pengantin...

    ReplyDelete
  5. Dugaan di musim PKPB. Orang kata kalau dah jodoh sampai, apa pun dapat diatasi. Syukur Alhamdulillah dapat penuhi undangan perkahwinan.

    ReplyDelete
  6. Biar la besar pun..bukan nak masuk pertandingan siapa paling kecik pun..hahahah

    ReplyDelete
  7. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete
  8. Ayo bergabung di IONQQ dan nikmati deposit/withdraw yang cepat tanpa harus menunggu lama
    IONQQ menyedikaan bonus rollingan 0.3% dan referral 20%
    Ayo segera bergabung bersma kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
  9. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!