MEE SIAM KUAH DAN GORENG PISANG TANDUK UNTUK MAKAN MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum...

SEMALAM, lepas makan tengahari, duduk rehat-rehat di ruang tamu sambil belek telefon. Makannya pun dah hampir jam 2.30. Pak Inche pula, bertugas di Stadium Pasir Gudang di sebelah petang. Tengah belek-belek telefon boleh tertidur. Hujan turun lebat dengan kilat dan guruh sabung menyabung. Dalam rumah mula gelap, terus bangun hidupkan lampu terus menghala ke dapur. Azam sejak semalam, nak menggoreng pisang tanduk. Ibu bagi 4 biji pisang tandung, dua biji Sk hantar rumah Cik Ani, tinggal dua biji lagi tu, bolehlah digoreng.


Buat Teh O sekali, ahh.. sedapnya makan goreng pisang, cicah sambal kicap di kala hujan ni. Tak lama, Pak Inche telefon, beritahu sate dah habis. Masa makan tengahari tadi, PI beritahu, balik stadium nak beli sate untuk makan malam. Bila sate habis, memang buntulah fikiran kan sebab benda tu dah dalam kepala. Sk kata, tak apa.. ada goreng pisang. Nanti, Sk panaskan bihun viral dan masakkan kuah ala ala Mee Siam Singapore. Tak payah beli apo-apo dah.


Rebus telur tiga biji untuk dimakan dengan Mee Siam Singapore. Sk suka medium, Iman kata, dia suka kuning telur yang masak betul, kelilingnya kebiruan. Ishhh.. yang macam tu tak elok la Iman uiii.


Kuah Mee Siam Singapore
Senang nau nau nak masak kuahnya
Sesenduk sambal tumis
2 sb taucu
2 sb kacang tanah kisar
1 1/2 cawan air

Masak semuanya hingga mendidih. Tak perlu tambah garam sebab taucu dah masin. Tak perlu tambah gula sebab dah ada gula dalam sambal tumis.

Sk pernah kongsikan Mee Siam Singapore ni  DI SINI.


Makan malam kami tiga beranak. Jangan tak tahu, tak dapat sate, Pak Inche tapau burger pulak. Tu dia makan sambil tengok bola. Iman pulak makan sambil tengok movie, Forensic. 


Bila bihun viral dinikmati bersama kuah.. eh, tertelan ailio pulak tengok gambar ni, hihi. Rasa nak mengulang lagi la nanti. Bihun goreng kosong macam ni makan dengan kuah memang sangat sesuai. Jangan lupa perah limau tau 😍😍😍








Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduh....ngences!

    Tengok ruoa mihun kosong tu dengan kuah dia memang sibijik rupa mee siam dalam buku teks SRT zaman sekolah menengah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. sy pun rasa mee siam kuah tu lebih sesuai makan dengan bihun goreng kosong macam ni

      Delete
  2. hhhahaha lama x makan weiii mi kuah camni!!!
    Ni masa arwah mak ada je, dia rajin buat...
    tp kita pun ekceli kureng sket bab taucu tu.. agak2 klu x letak x bole eh? ehehe

    ReplyDelete
  3. Pisang tanduk goreng owh nikmatnya.

    ReplyDelete
  4. Perah limau kat bihun tu sebagai pelengkap rasa...aduh aduh enak banget!

    ReplyDelete
  5. pisang tanduk goreng bestnyaaaaa..

    ReplyDelete
  6. Ranggup nampak pisang tanduk grg tu...

    ReplyDelete
  7. Semuanya sedap-sedap laaa...pisang tanduk tu buat SA tergoda...goreng garing sedap tu..cicah kicapa cili

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!