KESAN VAKSIN TIBER JADI PEMALAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...


Balik dari pejabat tengahari tadi, Sk terus menuju ke BBU. Hajatnya nak tapau Nasi Ambeng Mak Ana yang terletak di tepi Petronas BBU berhampiran masjid. Tak ada rezeki, nasi ambeng habis walaupun jam baru pukul 1.30. Memang buntu la kepala otak ni bila yang diidamkan tak dapat. Sk ambil keputusan untuk cari makan tengahari dalam taman perumahan Sk jer memandangkan hari hujan. Rezeki hari ini, dapatlah Nasi Kerabu dan Nasi Daging Merah. Bila dah kenyang, memang rasa macam tak nak makan malam 😅 padahal dah janji dengan Pak Inche, nak masak kari ayam.

Jadi, Sk whatsapp Pak Inche, bagitahu.. 'Jantung Laju'.. tak boleh masak. Saja sakat Pak Inche. Dia kata, nanti dia bungkus makan malam, tak payah masak. Dia tanya, kenapa jantung laju 🤭 
Ni laju pasal malas 😜

Sebenarnya jawapannya lain.. tu nanti Sk cerita kemudian la ya 😆

Jadinya, tadi Pak Inche bawa balik dua bungkus Nasi Paprik (sebab Sk pesan beli makan dua bungkus jer). Selain tu PI beli murtabak daging. Tak ambik gambar sebab handphone tengah caj. Oh, ya.. Yang tadi konon dah kekenyangan makan nasi tengahari sampai tak larat masak, kemahen laju suap nasi paprik dengan murtabak (Sk la tuuuu). Gejala lapar lepas vaksin la tu kan.. Tengok, vaksin jugak yang disalahkan.

🤣🤣🤣


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jantung laju erk... nak pinjam juga alasan tu :P

    ReplyDelete
  2. Sesekali malas memasak takpe, jangan selalu malas.. hehe

    ReplyDelete
  3. Eh,simptom pasca vaksin tu sama la...🤭
    Sejak dua menjak ni malas tak tau nak habaq...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Apa salah aku.... tanya vaksin kihkihhkihh!

    ReplyDelete
  5. Tak pasal pasal vaksin juga dipersalahkan..hihi..ada ada je nak mengusik.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!