Assalamualaikum wbt
PAGI tadi berlaku satu kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta dan motosikal di hadapan Maybank Taman Sri Bahagia (TSB). Mula ingat, kenapalah sesak sampai selepas lampu isyarat persimpangan TSB tu? Biasanya kalau hari-hari kerja macam ni, memang sangkut dekat traffic light tu, tapi ni macam tak bergerak sampai ke depan. Dah dekat dengan bank tu, nampak semua kereta bagi isyarat ke kiri. Rupanya ada seorang penunggang motosikal sedang separuh terbaring mengiring, macam gaya orang posing tepi pantai. Dia dalam keadaan sedar, muka dia macam tak ada sakit pun. Sk fikir, mungkin dia mengalami kecederaan dari peha ke bawah. Pemandu kereta tak cedera tapi keretanya tak boleh bergerak sebab tayar hadapan sebelah kanan, flat habis. Aduh, ni yang risau setiap kali memandu. Tadi pun, ada sebuah kereta belakang Sk bawa macam nak terberak. Mereka ni dah lupa ke, jarak pemanduan selamat? Geram dan meluat betul menengoknya. Kepada mangsa kemalangan tadi, semoga dipermudahkan urusannya dan segera sembuh.
Crab Sticks atau Filamen Ketam ni memang banyak kat dalam peti ais tu, Sk guna 10 batang sahaja.
Dah namanya SK, ingat dia suka bersusah-payah ke?
Sk guna Sos Prego dalam tin berperisa Keju dan Herba atau Cheese & Herbs. Dah memang ada dalam stok dapur.
Lama x mkn ni... sodappp... popia carbonara pn ok jugak kalau xde ni
ReplyDeleteIsh...kulit wantan dah ada..sos prego dah ada..crabstick dah ada..
ReplyDeleteNak kena cari kerajinan ja ni untuk buat..
Menawan selera ni..ken zikir supaya rajin pula ni🤭
Wah dah jadi dah Crab Rangoon dia :D
ReplyDeleteYe, kena hati-hati di jalanraya. Kita bawa kereta ok, orang lain bawak kereta laju. Sabor je la.
ReplyDeleteNampak sedap, SK, crab rangoon-nya.
Allahu... kalau dah begitu bahan-bahan crab rangoon, kita yang menengok ni pun ikut terliur walaupun tak pernah rasa.
ReplyDeleteKena buat ni..mana tau Mak Pah selera plak makan kan...
ReplyDelete