14 PUASA BERBUKA DI GRAND SEAFOOD SENIBONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum wbt

BULAN mengambang penuh malam tadi tanda kita telah menghampiri pertengahan Ramadhan. Petang semalam, kami tiga beranak ke Midvalley Southkey, Pak Inche nak beli t-shirt untuk pakai raya kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam la kot, sebab dia beli sampai lima helai. Kemahennn.. mentang la dua tahun tak balik beraya. Sk sendiri tersambar dua pasang kasut. Ngam tinggal dua saiz Sk yang ada, sayang pulak kalau tak beli 😆. Alasan!

Pening jugak memikio di mana nak berbuka. Sk cadangkan kami buat tempahan awal di Thai Ekspress, tapi Pak Inche tak nak, alasannya, makanan dah sejuk bila berbuka sebab dimasak dan dihidangkan awal. Ada tiga cadangan lain iaitu Senibong Bay Seafood (SBS), Grand Seafood Senibong (GSS) dan Restoran Senoko. Sk dan Iman awal-awal cakap, tak nak Senoko, sebab baru lepas makan hari tu dan tak mahu nak berebut dengan orang ramai. Pak Inche kata, SBS la.. walaupun kami lebih suka ke GSS. Sebab dia yang bayar, kan.. kuturuti.....

Terkejut la sebaik masuk ke kawasan parkir Senibong Bay Resort. Terdapat dua biji bas dan berpuluh-puluh kereta. Dari jauh nampak ramai yang sedang menunggu. Iman kata, cepat-cepat.. dia nak pergi beratur dulu. Seorang staf bertanya, adakah kami dah buat 'booking'? Rupanya dah 'full' ya. Dahlah jam masa tu dah 6.40 petang tak silap. Bergegas la kami ke Grand Seafood pulak. Mintak- mintaklah ada kosong lagi.

Sampai GSS, masih ada meja kosong lagi. Kami ditempatkan di meja segiempat dengan empat kerusi. Kemudian meja depan sikit tu, pelanggan dah habis makan dan balik, kami dipindahkan pulak ke meja tersebut yang lebih besar.  Apa ketidaknya, tengok menu yang dipesan tu, mahu jatuh pinggan ke lantai nanti kalau masih duduk di meja segiempat tu, hehehe. Cam biasalah, screen shot Ig Stories Iman, hehehe.


Prihatin betul ya senior staf GSS ni pada kami yang baru sampai ni. Dia minta junior staf cepat-cepat hantar minuman dan kurma untuk berbuka puasa sebab makanan mungkin akan lambat nanti. Sebab tu Sk suka ke sini, staf dia semua baik-baik dan peramah. Berbanding kedatangan kami kali pertama dulu, GSS kini lebih meriah dan lebih ramai staf. 


Siap dah ada live band lagi.


Tapi tulah, agaknya chef dah busy, pinggan dah tak ada deko-deko, hehe. Pak Inche nak sangat makan Baby Sotong Goreng Madu ni, tak habis, jaga ya. Eh, habis pulak.. agaknya sebab lauk pertama sampai dan tengah lapar, kan.


Tak boleh miss menu Prawn Cluster with Pumpkin & Cheese ni setiap kali ke sini. Tapi kali ni ada tabur kerepek udang macam kerepek pagoda tu. Udang dah siap kopek, tinggal ekor jer, senang nak makan.


Shark Fin Soup, pesan dua mangkuk kecik aje. Kalau ambil mangkuk besar nanti mesti tak habis.


Sawi Pak Choi Goreng Garlic. Sedapppp.


Sotong Telur Masin. Walaupun tak berkuah tapi salutan telur masinnya sedap dan lembab. Cuma sotong tu macam liat sikit la.


Ikan Siakap Steam Nyonya. Pun sedap walaupun tidak berkuah sangat. Ada potongan bendi dan tomato. Masakan nyonya ni, macam asam pedas stail cina la, ia dimasak guna lada hidup.

Hari ni dah cakap dengan Pak Inche, masak nasi aje, lepas tu nanti Pak Inche dengan Iman beli lauk kat pasar ramadhan. Tak tahu nak masak apa dah, campur malassss.. heheheheh.


Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haritu plan nak ke sini juga besday Amat smlm, sekali besday boy bersuara nak buffet di R hahahaha layankan ajerrr

    ReplyDelete
  2. Aduhai...teringat pernah makan kat sini masa site visit ke Plant...eh..terbayang2 la makanan SK order ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!