BELASUNGKAWA MUHAMMAD IZWAN & SAIDATUL KHADIJAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞

مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Berita yang SK terima dalam grup whatsapp pejabat kira-kira jam 1.30 tengahari, Sabtu lepas benar-benar meruntun kalbu. Kami kehilangan seorang rakan sekerja yang terlibat dalam kemalangan maut bersama isteri dan anaknya. Anak mereka selamat tetapi patah kaki.

Terpandang-pandang wajah Izwan yang tidak lokek dengan senyuman. Kami bekerja di bawah satu bumbung apabila arwah Izwan memulakan tugas sebagai pensyarah di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif (SKSK) (sebelum ini dikenali sebagai Institut Teknologi Perindustrian YPJ) pada tahun 2013. Walaubagaimanapun kami berpisah apabila SKSK berpindah ke Kampus Induk yang baharu dibina di Kota Tinggi manakala SK ditukarkan ke Kolej Komuniti YPJ, Johor Bahru (kini Kolej Kemahiran Johor). Isteri arwah pula merupakan guru di Sekolah Vokasional Kota Tinggi.

Gambar kenangan terakhir bersama rakan-rakan dari SKSK semasa bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Konvokesyen KYPJ tahun 2015. Selepas itu, Sk bertugas sebagai AJK Pendaftaran dan Perarakan bersama KKJ pula. Arwah Izwan berdiri depan sekali, tiga dari kanan.

أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ وَغَفَرَ لمَيتِكَ

“Semoga Allah memperbesar pahalamu, dan menjadikan baik musibahmu, dan mengampuni jenazahmu.” (AN)

Berita kemalangan DI SINI.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Innalillahiwainnailaihirojiunnn..
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
    Kesiannya kat anak yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiunnn..ada juga terbaca berita di fb haritu
    sedih mengenangkan anaknya tu

    ReplyDelete
  3. Takziah buat seluruh keluarga arwah... Sian nya tglkan anak... Sedih bila pk anak tu dh besar nnt

    ReplyDelete
  4. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم

    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞

    مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

    Semoga Allah tempatkan roh arwah dalam kalangan orang beriman🤲🤲

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Sedihnya rasa. Apalagi ahli keluarga kedua-dua arwah. Kasihan anak yang ditinggalkan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!