MASAK SAMBAL SARDIN UNTUK DIRI SENDIRI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

SEJAK pagi semalam berangan nak masak Sambal Sardin untuk makan malam. Pak Inche tak makan sardin, kan.. jadi, lauk sardin tidak selalu dimasak padahal Pak Inche bukan kisah pun jika Sk nak masak lauk tu. Pak Inche walaupun tak makan sardin tapi dia suka makan roti dengan sardin. Cuma kalau dah jadi lauk jer dia tak makan. Jadi, memandangkan lauk Sambal Daging ada sikit lagi, cukuplah untuk Pak Inche makan sorang, nanti kita tambah telur dadar.

Semangat nak masak Sambal Sardin semakin teguh bila nampak Mak Ngah tayang Sambal Sardin dia. Bak kata, Jaja.. kuat betul pengaruh kawan-kawan alam maya ni, hahaha. Orang kata, kalau masak Sambal Sardin haruslah dikawankan dengan Telur Dadar.

Hari tu, borak-borak dengan member office topik sardin cap ayam yang semakin mahal. Naza cakap, dia beli Sardin Botan. Sk pulak selalu beli jenama King atau Ayam. Rasa kaya sikit, beli la cap ayam. Kalau rasa nak berjimat belanja, Sk ambil King. Dah lama tak beli cap Botan sekali semalam ternampak di rak kedai, terus keliru nak beli yang mana satu. Masa nak bayar, brother cashier tu siap tanya, cari apa tadi? Agaknya dia perasan Sk lama berdiri depan rak makanan dalam tin tu. Dia tak nampak la tu, sekejap Sk belek cap botan, sekejap belek cap ayam. Akhirnya, Sk pilih Botan la.. beza dia hampir dua ringgit jugak, haha. Sedap tau cap Botan ni. Dulu-dulu arwah abah suka jenama ni selain cap ayam.


Tin saiz M, dalamnya ada lima ekor ikan sardin yang comel. Sk pernah beli saiz macam ni jenama King atau Ayam (lupa), ikan saiz besar dikerat dua. Yang ni semua sekor-sekor. Disebabkan sangat suka makan bawang besar dalam masakan, Sk letak sebiji terus bawang yang dipotong bulat. Cili padi tu pedas betul ya. Susah nak jumpa cili padi hijau yang pedas, kadang tak ada rasa cili langsung. Tapi, yang ni berdesing jugak.


Renihkan sekejap hingga bawang layu, baru tutup api. Masak nasi lebih sikit dari selalu, hahahaha. Masa masak nasi, Sk tenggek pengukus dan letak bekas Sambal Daging semalam, senang tak payah hangat atas dapur.


Sekali Pak Inchenya pulang dengan gembira sambil tayang lauk-pauk yang dibelinya. Baru Sk teringat, ada pasar malam Taman Tampoi Utama. Pak Inche beli Ayam Percik dua ketul kat gerai masakan Kelantan. Dia makan satu, satu lagi SK simpan bolehlah dia makan malam ni pulak. Sk tak nak sebab dah ada Sambal Sardin.


Hati Lembu Masak Rempah dua ketul jugak dibelinya. Kedua-dua lauk tadi cuma RM12, murah sangat kan. Berapa kali Sk congak harga ni sekian, harga ni sekian, tak masuk akal la harganya. Agaknya, hati tu seketul RM2 dan ayam seketul RM4.. eh.. murah giler, ayam sekilo pun dah RM10 sekarang.


Hatinya Sk gunting-gunting la, senang nak ceduk kecik-kecik. Yang ni layan jugaklah makan asing dengan sambal sardin. Tak boleh suap sekali nanti bercelaru rasa dia. Sedaplah masakan rempahnya, ni lauk yang Sk tak pandai dan tak pernah masak. Mungkin tak akan masak pun, nak makan, beli ajelah seketul dua kat kedai, ada banyak kedai jual, kan.


Sambal daging semalam ada semangkuk kecik, pun tak habis. Tinggal berapa ketul jer dagingnya, nak habiskan tak larat, nak buang amalan syaiton, nanti goreng nasi kita campaklah dalam kuali sekali.


Tak nak marah-marah dah bila Pak Inche bawa lauk banyak-banyak tapi geram jugak banyak mangkuk nak kena basuh. Tu satu, yang mana tak habis tu, kena pindah masuk bekas, bersusun-susunlah dalam peti sejuk. Jadi, hari ni, Sk bawa bekallah, nasi dengan Sambal Sardin dan Hati Masak Rempah yang tinggal secoet. Pergi kantin beli Sayur Kubis Goreng kena seringgit aje. Sardin tu semalam, sekor bagi kat Cik Lang. Tadi, sekor gaulkan dengan nasi bagi Ucin dan Hashma, kucing kat office. Seronok la budak bulus tu makan nasi lauk sardin tadi. Bukan menunjuk sedekah kat kucing tapi nanti korang tuduh pulak Sk makan sardin sampai lima ekor, kan kan kan... alaaa.. betullah tu, hahahahaha.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. setuju sangat tu lauk sardin mmg kena kawan dgn telur dadar.. tp sy teringin nk try sardin yg digoreng dlu lepas tu br dia tumis sambal.. mcm menarik jugak... selalu lalu-lalang di fb... masalahnya bila nk masak sardin jd malas pulak nk menggoreng lagi.. menumis lagi... baik terus jer tumis... hehehe... byk lauk pak inche beli... mkn 2 org je.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sama dengan orang dalam rumah di sini tak makan sardin,kalau dah teringin sangat terpaksa beli yang dah siap masak tapi tu lah kadang tak kena dengan selera plk

    ReplyDelete
  3. Haaa.. jaga la ehh. Esok kite pulak nak masak sambal sardin. Nk makan dengan roti. Hihihi
    PI tu sama macam abah ahnaff. Kalau pi pasar malam kene pantau. Kalau tak pesan jangan beli macam², memang penuh la tangan dia. Konsep dia, biar lebih, jangan kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak Jaja..
      Jangan tak masak..
      Kalau tak ...taknak kawan..
      🤣🤣🤣

      Delete
  4. Samalah, saya pun King atau Ayam. Lepas ni boleh cuba Botan pula kalau jumpa.

    ReplyDelete
  5. Sadin memang sedap. Boleh try Botan la pulak lepas ni

    ReplyDelete
  6. ammi kalau rasa kaya sikit beli sardin ayam...kalau buat2 stok biasanya beli sardin Pertima je. sbb banyak mulut rumah ammi..tak cukup do boli tin kocik

    ReplyDelete
  7. Tapi masakan SK ni lagi menggoda..
    Ni kalau makan time hujan...nasi panas-panas ..memang bocor periuk🤣

    ReplyDelete
  8. Sadin Botan ru sedap gak...alaaaa...dh ternampak ni sure la nak makan sardin plak...lama gak dh x makan sardin..since dania berhenti kerja rasanya la...e..esok nak cari la

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!