MAKAN DI ONG SHUN RESTAURANT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

KISAH malam tadi.. makan di Ong Shun Seafood Restaurant. Petang tu, ingatkan nak tapau Ikan Bakar Tip Top, tapi tutup pulak kedainya. Kemudian, kami ke Tip Top BBQ, Sk tanya dulu, lama tak siap? Serik sebelum ni tunggu lama jadi, sebelum kena sidai, kita tanya dulu. 45 minit dia kata. Hurmm.. ajak Pak Inche makan di luar sajalah.


Begitu begini begitu begini.. akhirnya Iman mencadangkan agar kami ke Ong Shun. Memang lama dah tak makan di sini apalagi kalau bukan sebab serik jugak. Tapi semalam, macam elok pulak nasib kami, terus dapat parking depan kedai dan servis pun tip top. Pak Inche nak makan Beancurd Hot Plate. Ambil satu saiz kecil.


Kegemaran Sk dan Iman, Sotong Telur Masin. Mintak masak basah-basah dan berkuah.


Kegemaran Pak Inche, Shark Fin Soup with Crab Meat. Pekat likat supnya, agaknya tertumpah air tepung jagung.


Pak Inche nak Kangkung Belacan.


Shark Fin Soup selepas diceduk ke mangkuk. Letak cili padi tu, ngam rasa dia.


Yang paling sedap, Sotong Sambal. Staf yang ambil pesanan tu sampai tanya, betul ke nak dua jenis masakan sotong? Haaa.. memang pun, tak boleh kurang salah satu. Nasib baik tu Pak Inche tak terasa nak makan Baby Sotong Goreng Madu. 

Iman kata, bonda.. nanti kalau dorang hantar Chicken Lemon, suruh bungkus aje la 🤭. Tapi, sampai ke sudah, tak sampai ke meja Chicken Lemon tu. Tu la masalah kat sini, ada je lauk yang dorg tertinggal nak masak. Ni nasib baik cili jeruk tu dapat. Pernah eh, kami bawa cili jeruk sendiri, sebab kalau menunggu dorang hantar, boleh sampai mendatangkan marah, hahahaha.


Nasi Putih 3 RM6
Jus Markisa 3 RM12
Ais Kosong 1 50 sen
Beancurd Hot Plate (S) RM12
Kangkung Belacan (S) RM8.50
Sotong Telur Masin (S) RM16
Sotong Sambal (S) RM16
Shark Fin Soup (S) RM26

Jumlah RM97
0% cukai

P/S sekarang Sk suka selit harga dalam entri sebab senang nak semak balik jika ada kenaikan harga 😆

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Allahu! Sedap giler nampak makanan tu SK... beancurd, shark fin soup...aduhai!

    ReplyDelete
  2. Maknanya ayam lemon itu tidak dapat kesudahannya. Tengok resit tiada pula harga ayam lemon.
    Amboi sotong kedai laku pula. Masak sambal tumis sotong kurang laku.

    ReplyDelete
  3. Bagus juga awal awal tanya lama ke siap.. Serik juga dengan servis lambat. Bila tanya makanan tak siap lagi. Padahal dan sejam lebih kot. Customer bukan ramai pun. ish ish...Dalam banyak banyak menu, tergoda dengan sotong tu ha..Tengok pun nampak sedap bagai yang dikata terpaling sedap.

    ReplyDelete
  4. wah...sedap tgk shark fin soup tu.. boleh pi serbu ni..agak2 yam basket ada tak?

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan beancurd hot plate tu...
    Saya belum pernah rasa...Bagus letak sesiap harga..selain rujukan sendiri..boleh juga jd rujukan yang lain👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!