KETAM MASAK SAMBAL & ASAM PEDAS IKAN PARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

BERAKHIR sudah debaran hari mengundi tapi nampaknya debaran belum berakhir apabila keputusan Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) kali ini masih tergantung. Kita tunggu sahajalah keputusan rundingan bagi membentuk kerajaan yang baharu. Apapun keputusannya, biarlah demi kepentingan rakyat bukannya Yang Berhormat.


Sempena hari cuti hari ini dan Iman pun ada di rumah, maka terhasillah lauk Ketam Masak Sambal. Ketam tu, Pak Inche beli di Pasar Tepi Sungai Pontian, Ahad lepas. Dah seminggu, barulah hari ni dimasak sebab tunggu Iman balik. Kalau ikutkan selera Sk, nak masak lemak cili api tapi kita ikutlah selera orang yang beli 😆


Iman pulak mintak masakkan Asam Pedas Ikan Pari. Sebenarnya, mula-mula dua beranak ni memang nak lauk ni aje tapi Sk la yang teringatkan ketam tu dah seminggu dalam peti ais. Esok pulak dah kerja, bila lagi nak masak, takkan nak tunggu minggu depan kan. 

Hurmmm.. tapi.. esok kerja ke cuti ek???
😂

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Itulah hendak masak kena tunggu Iman.
    Lambat-lambat masak takut tidak segar.

    ReplyDelete
  2. Macam dh lama je x masak ketam..bukan musim kat seremban ni..kalau tiba musim SA mmg selalu beli..samada masak sup atau lemak cili api...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukan musim karang dapat makan angin je dalam ketam tu kan

      Delete
  3. sampai sekarang belum ada keputusan ni kerja ke cuti,tapi semua dah pergi kerja haha

    ReplyDelete
  4. Gitulah emak kan...
    Semua nak tunggu dan nak simpan untuk anak...
    Kasihnya seorang emak tiada penghujung dan tidak bersyarat..
    Tapi asam pedas tu menggoda urat selera ni..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!