Assalamualaikum wbt
MELAYAN permintaan Iman yang balik malam tadi, nak makan di Restoran Carabao. Iman pesan, ambil dia malam aje, sebab kelasnya semalam sampai petang, nanti dia kelam-kabut. Tunggu Pak Inche balik kerja, mandi dan sebagainya, dekat jam 9 malam baru bergerak dari rumah. Pak Inche balik lambat sebab rupa-rupanya dia pergi makan dengan bosnya yang baru sampai dari KL sebab hari ni ada mesyuarat tingkap. Sk cakap, kalau dah kenyang makan, tak perlulah ke Carabao, tapi Pak Inche kata, boleh jer. Iman kata, dia nak tomyam aje, rindu nak makan tomyam Carabao yang unik rasanya tu. Kami ke Restoran Carabao cawangan Stulang Laut, tengok dah tak ramai pelanggan, rupanya pesanan telah ditutup. Mereka mengesyorkan agar kami ke cawangan utama di Jalan Dato Abdullah Tahir (berdekatan New York Hotel) yang dibuka sehingga jam 12 malam.
(Makan Tengahari dan Makan Malam Sahaja)
Makan lewat malam ni SK... terus pasang niat, esoknya puasa hihihiiii.
ReplyDeleteAlaaa...kita dh la craving tomyam ha.... tgok entry ni rasa nak cedok je dari gambar
ReplyDeleteOk, minggu ni kene carik tomyam jugak nampaknye nii 🤣
ReplyDeleteDemimu Iman, Pak Inche makan lagi. hehe...Teringin juga buat Miang Pla tapi kemalasan tu masih menebal. Nak makan tahu mana yang sedapnya.
ReplyDeleteOk..boleh pergi lain kali. anak yg nombor satu tu suka tomyam..
ReplyDeletebuku menu dia macam poster muvi! :D
ReplyDeleteBesar saiz hidangan untuk 3 orang. Boleh tahan juga harga.
ReplyDeleteharganya yg buat abe kie x berselera nak makan. cuma mampu makan kat warung tomyam tepi jalan je...
ReplyDeletecarabao ni teringat sejenis binatang bernama caribou di artik dalam buku teks Ilmu Alam dulu-dulu..Rupa caribou macam sepupu sepapat kerbau..
ReplyDelete