Assalamualaikum WBT
BEBERAPA hari sebelum PRU 15, Iman kongsi Tik Tok dari coffeebeanmy, pengundi boleh menuntut minuman percuma di mana-mana cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf dengan cara menunjukkan jari yang telah 'diinai' kepada barista dengan cara yang paling kreatif.
Pagi tu, selepas Pak Inche balik mengundi yang pusatnya terletak di sekolah agama berhampiran rumah Sk, kami bersarapan Nasi Goreng Sambal Belacan tu, kemudian Sk suruh Iman bersiap untuk giliran kami pulak mengundi. Pusat mengundi Iman di sekolah kebangsaan manakala Sk pulak perlu mengundi di Tampoi. Asyik lupa aje nak tukar tempat mengundi tapi sebenarnya suka jer mengundi di Tampoi sebab dah biasa kat sana, hehehe. Tak sangka pulak sepanjang jalan dari Kangkar Pulai ke Skudai sesak teruk, tu yang tiber rasa menyesal tak tukar pusat mengundi.
Buat pertama kalinya tiga beranak berinai satu jari kali ini. Sebelum ini,
Iman mengundi SECARA POS kerana bertugas di pusat mengundi. Kali ini Iman menolak tawaran menjadi petugas kerana bimbang tak dapat beri komitmen jika dapat tawaran UPU. Masa tu, belum dapat jawapan UPU lagi. Haaa.. memang betul pun, mujur Iman dah tolak awal-awal. Sk mengajak Pak Inche ke cawangan baharu Coffee Bean yang bersebelahan dengan Caltex Iskandar Puteri.
Boleh pilih sama ada 'beli satu percuma satu' (flavor terpilih) atau minuman Cold Brew 12oz iaitu Cold Brew Black, Latte, Mango dan Peach percuma. Tentulah kami pilih yang percuma.
Sk pilih Latte.
Beli Hawaian Pizza sekeping. Taklah segan sangat claim air free 😆.
Cold Breaw Peach Sweet Tea (Pak Inche) & Cold Brew Mango Peach Tea mengapit Cold Brew Latte bersama Hawaian Pizza with Pesto Sauce yang sangat sedap. Memang rezeki kami tiga beranak sebab dah petang tu baru tahu ada isu pasal ni sehingga Coffee Bean teruk dihentam netizen.
Eh.. esok kerja ke tak ek???
🤣
Kerjaaaa...xde announcement cuti pun...SA tuntut makan nasi kandar, nasi+ lauk+ sayur RM6.50, jimat makan 4 beranak RM33 je..x pernah2...cuma tu la..lupa amik gambar sbb dh lapar
ReplyDeleteSekolahhhhh... hahahaha
ReplyDeleteApe isunye SK? Tertinggal ketapi ni agaknye 😆
ammi claim Tealive...buy 2 for only RM15. tapi kopi kat tealive hampeh tak sedap
ReplyDeletekerja.....hahaha
ReplyDeleteSaya tak dapat nak claim..jari takda inai...hihihihi.
ReplyDeleteMula pakat tunggu keputusan undi..
Pastu tunggu cuti ke tak..
Ni dok tunggu...siapa PM
Bestnya claim mengclaim ni... kita tak dapat claim apa-apa.
ReplyDeletearitu ingt nk pi gk coffee bean tp ujan...xjd la...sedap tu
ReplyDelete