NASI BERIANI AYAM MADU RESTORAN MAHBUB

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


DAH tak ingat dah berapa kali menginap di Hotel Congcodei Shah Alam ni. Yang pasti setiap kali ke Shah Alam, memang pasti akan ke sini. Cuma masa  kali ini sangat terhad. Sampai pun, dah malam dan keesokannya dah kena bersiap untuk pengantin. Tak sempat nak meronggeng ke Plaza Shah Alam yang bersebelahan hotel.


Bila Pak Inche bersetuju untuk bawa Iman, Iman cakap nak jugak kena balik kolej sekejap sebab nak ambil baju cantik. Semua baju dah diangkutnya bawa ke kolej. Sampai kolej, ngam tengahari, jadi, singgah makan nasi campur di restoran yang terletak di aras bawah Scholar's Inn dalam UTM. Sk ambil lauk terung, ayam dan sayur kubis, Iman ambil asam pedas ayam, ais kosong dan ais limau, cuma RM13.90 sahaja. Senanglah hati kalau dah kenyang, tahulah nanti Pak Inche kemahen cerewet nak cari tempat makan, kan. Pak Inche pulak, memang lapar nasi, jadi kami singgah di R&R Machap, Pak Inche ambil lauk Kari Kambing dan Telur sebiji, RM12.90... lap peluh, hahaha. Sk dan Iman tak makan sebab macam tak lapar sangat lagi.


Cikwa mesej, nak makan kat KL atau kat Shah Alam. Kalau nak makan kat KL, dia tapaukan siap-siap. Cikwa boleh baca kot, yang kami nak makan Nasi Beriani Ayam Madu Restoran Mahbub, hahaha. Jadi, minta Cikwa tapaukan terus la. Agak-agak lapar lagi, nanti keluar makan kat Damansara Uptown.


Yey yey! Cikwa belanja Nasi Beriani Ayam Madu Mahbuuuuuuuuuub!


Tengok bungkusan nasi tu, alahai sikitnya, macam tak cukup aje sebab plan nak kongsi dengan Iman. Rupanya, Cikwa beli seorang satu, untuk dia pulak dah ada nasi putih dengan ayam madu dan kacang kuda pedas.


Bila dah buka bungkusan.. mak ai.. banyak tuuuu.. pelan-pelan makan sampai habis, macam biasalah prinsip Sk, makan kasi licin, hahahah.


Satu set nasi mengandungi Ayam Madu, acar rampai dan dalcha. Papadom tu beli lain kot sebab tengok ada dua bungkus aje. Alhamdulillah, dah berapa kali pergi KL tak dapat makan, kali ni dapat jugak, syukurrrr.


Terima kasih Cikwa belanja... hehehehe.


Pagi-pagi dah dapat notis dari Congcodei soh check out kul doblas. Kongjaq sungguh, halau-halau kita, hahahaha.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh eh knp hotel bg notis cmtu pulak ek? Ms check in x ckp ke?

    ReplyDelete
  2. Murahnya makan 2 orang tak sampai rm15 tu..
    Senyum Cikwa tak pernah tak manis...Macam gula senyumny🐜🐜🐜

    ReplyDelete
  3. Amboi concodei, sampai bagi notis! Hahah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!