FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 2022M/1444H

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT




FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 2022M/1444H

Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit Bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang Bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini, Bumi akan berada di antara Bulan dan Matahari di dalam kedudukan tepat sebaris.

Pada waktu Maghrib, 8 Nov 2022M, di kawasan semenanjung Malaysia khususnya Negeri Johor kita akan dapat menyaksikan kemuncak fenomena Gerhana Bulan Penuh. 

Kejadian ini akan berlaku ketika Bulan sedang terbit di ufuk timur pada waktu Maghrib dan tamat selepas waktu Isya’.

Umat islam disyariatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan.

Seluruh masjid dan surau dalam Negeri Johor akan menunaikan solat sunat gerhana bulan secara berjamaah dan diikuti dengan 2 khutbah pada waktu antara maghrib dan isyak.

Muslimin dan muslimat dipersilakan hadir di masjid / surau berdekatan tempat masing-masing.

Bhg Falak,
Jabatan Mufti Johor.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kebesaran Allah cuaca elok ada peluang dapat tengok tapi di pantai timur ni musim hujan

    ReplyDelete
  2. Selamat menyaksikan gerhana bulan penuh dan selamat menunaikan solat gerhana bulan penuh.

    ReplyDelete
  3. Menariknya!!! Dulu ada tau gerhana matahari, pastu kat tempat kerja, bos suruh buat solat sunat... Alhamdulillah.. Baru tahu kisah solat sunat ni sejak tu... Huhu...

    ReplyDelete
  4. Rasanya kebelakang ni semakin kerap dunia mengalami gerhana bula dan matahari..Atau mungkinkah kerana dulu tiada media yang berkongsi maklumat..
    Yang saya ingat dulu-,dulu kalau gerhana..habis sekapung pakat saling kejut mengejut bangun menyaksikan ..

    ReplyDelete
  5. Seremban hujan lebat...x tu la ada ke tak gerhana bulan malam ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!