Assalamualaikum WBT
TENGAHARI ni, InsyaAllah, Sk sekeluarga akan menghadiri Walimah seorang sepupu Sk di sebelah bapa. Dah lama tak makan nasi kenduri, kata Pak Inche. Dah lama tak jalan-jalan pun ya, sampai rasa tepu kepala otak, katanya. Jadi, kita layankan aje, walau terpaksa merentas daerah dan negeri sehingga ke Selangor, hahahaha.
Dah lama tak sarapan buffet. Macam selalu la, pilihan pertama Sk, western breakfast. Anak sedara Mat Saleh la katakan.
Ada pulak Pulut Kuning dan Rendang Ayam.
Biar menyesal makan dari menyesal tak makan. Ambil pulut kuning dan rendang ayam. Lepas tu fikir, malas nak bangun lagi, jadi kita tepek mee sesenduk sebelah pulut.
Ambil Bubur Ayam dan tambahkan condiments seperti ikan bilis dan telur masin.
Ambil danish pastry, talam keladi dan cucur badak dua biji. Cucur badak tu sedap giler, di luar crispy dan dalamnya lembut. Nak makan banyak risau baju tertetas masa pi kenduri nanti.. hahahaha. Dahlah minum teh tarik dua cawan, huwa huwa huwa.
Nanti kita update kisah kenduri pulak ya.
8 Comments
dah sampai selangor ye SK...kita di sini masih berfikir2 nak ke mana cuti ni
ReplyDeleteTidur hotel mana ini?
ReplyDeleteSaya suka pergi kenduri, rasa makanan di tempat orang.
Betul-betul cheat ni.. Haha
ReplyDeleteBreakfast di hotel nampak gayanya ni SK :)
ReplyDeleteNak ajak mai rumah pun tengah bersepah lagi huhu...
Uitt...congcord Sepang ke Shah Alam tu?
ReplyDeleteKalau Shah Alam...malam ni harus la ke Stadium Bukit Jalil tu🤭
Kalau jumpa cucur badak sedap, saya memang pulun puas-puas biar sampai tertetas baju hahahahhaa. Biar menyesal baju tertetas, jangan menyesal tak puas makan cucur badak.
ReplyDeleteWah bestnya jalan2 sambil kenduri.. kita hari ni dok umh je sbb ayahnya kerja.. huhu
ReplyDeleteoooo patut la dia ckapa ternampak kita rupanya dia ada kat Selangor...heheheh...
ReplyDeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih