SABTU

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

BUNTU tataw nak buh tajuk apa, hehehe

Sabtu.. Sk ajak Pak Inche beli sikit barang dapur, sabun-sabun dah nak habis. Pagi tu, sarapan kat rumah, Pak Inche tapau Roti Canai empat keping. Sk ambil sekeping buat Roti Tampal. Untuk Pak Inche ada telur separuh masak dua bijik, jadi, dia tak dapatlah roti tampal. 


Sebelum shopping, Sk ajak makan dulu. Pak Inche cadangkan kami ke Medan Selera Taman Cempaka. Mula ingatkan dah pukul 2, lauk tak banyak dah. Banyak lagiiii lauk dan orang pun kemahen laaa ramai. Sk ambil lauk Ikan Kembung Bakar dan Sayur Pisang Muda, Pak Inche ambil Kubis Goreng, Sambal Sotong dan Kaki Ayam (Sup), dengan dua gelas ais limau, RM23. Murahnyaa.. ikan SK tu besar tau, sotong pun tiga empat ekor tu.


Pak Inche kata, SK tak belanja dia kat Coffee Bean. Hishhh, dari minggu lepas sebenarnya ajak, dia yang tak nak. Jadi, lepas beli barang, kita bawalah dia mengopi di Old Town, hehehe.


SK pesan Roti Kukus satu set. Satu set ada 4 keping roti kukus, datang bersama mentega dan kaya. Seletlah sendiri, cukup ya untuk semua roti tu, kita jadikan dia roti kahwin.


Pesan juga satu set Roti Bakar Kaya. Satu set ada empat potongan roti yang siap disapu kaya dan ada potongan kecil mentega. Dah lama tak ngopi di sini, rupanya semua pesanan kena guna apps ya. Selalu Iman yang buat kali ni kenalah fikir sendiri. Kebetulan pulak, lunch kena RM23 (Pak Inche bayar), ngopi pun ngam RM23, kira adil laaa, hahaha.


Beli Roti Croissant, Salad Campuran dan Beef Breakfast Lean ni untuk makan malam. Petang tu, balik dari shopping memang tak nak keluar dah. 


Dekat pukul 9, baru buat Croissant Sandwich jer.. hurmm.. tak senonoh betul rupa dia nasib baik rasa dia sedap, hahahaha. Croissant tu, Sk panaskan sekejap dalam Air Fryer. Beef Breakfast Lean tu, panggang sekejap aje atas pan sebab ia dah separuh masak, kan. Kemudian belah croissant, sapu mayonese, sumbatlah dengan salad tu semua, tuang sos, dah boleh makan.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hehe adil bayar makan tengahari dan mengopi.
    Nampak selekehpun menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. Amboiii..sedap nampak sandwich croissant tu. Boleh tiruuuu 🤭

    ReplyDelete
  3. saya nampak sayur pisang muda tu terliurnya haritu ke pasar ada nampak orang jual pisang muda,nak beli masak sendiri tak yakin lagipun nanti saya sorang je yang makan..nak kena cari kedai lauk tengahari juga buat lepas ngidam tekak sendiri

    ReplyDelete
  4. sedapnya croissant tu! Selekeh tapi sedap apa ada hal hehe

    ReplyDelete
  5. Kalau lapar...
    masuk blog ni..
    Lagi lapar dibuatnya..
    pakej meleleh ayaq lioq lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Makan saja ni... heheehe... complete dr pg sampai malam... kalau dating x mkn² mmg x sah lah kan kan?

    ReplyDelete
  7. SA kalau malas memang makan macam ni la...cari mana yang senang je...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!