SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H PALING MERIAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


PENGANJURAN terpaling meriah selepas dua tahun tiada majlis sambutan Maulidur Rasul di kolej kerana pandemik Covid 19. Ditambah, kolej kami baru sahaja menerima kehadiran ustaz baharu. Penganjuran kali ini juga merupakan projek pelajar kursus Pentadbiran Pejabat yang diambil markah dalam kerja kursus maka pelbagai idea bercambah termasuklah ada acara cabutan bertuah. Program kali ini juga buat pertama kalinya mendapat tajaan dari Bank Islam. Sayangnya, semalam Sk tidak bertuah, tak sangkut mana-mana hadiah.. tak ada rezeki namanya.


Bergambar sebelum perarakan. Hujung kiri tu la ustaz baru kami. Satu kelainan yang dibawa ustaz semasa Majlis Membudayakan Al-Quran, beliau akan menerangkan maksud setiap ayat Al-Quran setiap kali selesai satu ayat dibaca. Ustaz merupakan lepasan Universiti Islam Sains Malaysia. Tak pasti sebelum ni beliau bertugas di mana.


Semalam pagi hujan, kan. Pakat-pakat jem la kat jalan mana pun. Pukul 7.51 Sk masih berada di Bandar Baru Uda, hurmmm.. baru nak seronok punch card belum merah dah 7 hari kerja bulan November, kan. Tapi, satu lagi sedih, sebab perarakan antara tentatif utama program maulid. Jika hujan, perarakan akan dibatalkan dan pelajar akan terus masuk ke dewan.


Syukur3 kepada Allah swt, hujan bererti dan langit cerah. Seperti yang dirancangkan, perarakan bermula tepat jam 8.30 pagi. Jarang-jarang berlaku laaa 'punctual' cam ni. Pelajar pun semua dah siap berkumpul, kan. Sebelum hujan turun balik, baiklah kita bergerak cepat-cepat.







Setiap kursus wajib menyediakan sepanduk bagi perarakan. Terdapat tujuh kursus iaitu Sistem Maklumat, Sistem Komputer, Multimedia Kreatif, Penyediaan Makanan, Pembuatan Pastri, Elektrik dan Automotif. Tapi, macam kurang satu sepanduk ek. Sepanduk dari Multimedia Kreatif memenangi kategori sepanduk terbaik.


Ada kategori peragaan tercantik.. kita taklah cantik, tapi bagi memeriahkan dan menyokong projek pelajar, kita pakailah ikut tema. 


Majlis dimulakan dengan bacaan berzanji oleh Kak Fatimah dan Kak Aisah iikuti Marhaban oleh semua tetamu.



Ceramah disampaikan Ustaz Dr Mohd Nur Al Sufi bin Romele. Ustaz ini orang Borneo kalau tidak silap Sk sebab dah beberapa kali mengikuti ceramah beliau. Antara doa yang selalu dikongsikan ustaz begini..

YA ALLAH TERANGKAN HATIKU
DENGAN CAHAYA HIDAYAHMU
SEPERTI KAU TERANGKAN BUMI
DENGAN MATAHARI SELAMA-LAMANYA...


Kumpulan Nasyid dari Kursus Elektrik menjuarai pertandingan nasyid sempena sambutan Maulid. 


Tempat ketiga dari Kursus Pembuatan Pastri.


Yang ni tempat kedua, Kursus  Perkhidmatan Penyediaan dan Pembuatan Makanan (Tahap 4)


Ustaz Sufi kata, bukan majlis maulid jika tak ada makan-makan (jamuan). 


Makan berdulang, sedulang berkongsi empat orang. Makanan dipesan dari kantin Kak Sabariah saja.


Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Dalca dan Acar Jelatah serta minuman sirap. Alhamdulillah, sedap makan semalam. Pukul 12.30 baru makan selepas bersila lebih tiga jam. Nasib kaki tak kejang 😂

Semoga ada umur dan kesihatan yang baik untuk sambutan Maulid tahun 1445H pula nanti, insyaAllah 🌹

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. meriah tanhiah SK majlis dpt dilaksanakan dengan lancar
    psstt...saya ingatkan disebelah ustaz baru tu artis jemputan neelofa...cantik SK

    ReplyDelete
  2. Meriah, tahniah buat semua...seronok majlis macam ni...ramai- ramai kan

    ReplyDelete
  3. Masyaa Allah..
    Ana tak kenal ente pakai jilbab lah(baca dengan sleng Arab tau..)
    hihihi..
    Meriah betul...pastinya penat tapi seronok

    ReplyDelete
  4. Meriah sambutan maulidur rasul. Sesungguhnya ia merupakan pengisian yang bermanfaat buat semua. Assalamualaikum Ustazah SK.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!