CUCUR UDANG UTARA TAMAN SRI PULAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

NAMPAKNYA dari minggu lepas sampai minggu ni, Pak Inche kemahen sibuk dengan pelbagai urusan rasmi. Kalau sepanjang minggu lepas, beliau sibuk membuat liputan Kejohanan Hoki B-21 Piala Sultan Johor, sejak semalam, saingan Piala Malaysia telah bermula. Mujurlah hari tu ada cuti Deepavali. Tu yang pergi makan di Eleven Kitchen dan jalan-jalan di Midvalley. Balik dari Midvalley, Sk ajak mengeteh di Gerai Cucur Udang Utara, Taman Sri Pulai.


Terdiam sekejap apabila cucur udang dihidang ke meja. Aaaa.. kenapa lain, tak sama macam yang biasa Sk beli di sini sebelum ni. Rupa cucur agak pucat dan sedikit crispy. Nipis dan dipotong besar-besar.


Mula ingatkan dah tak ada tauhu dan timun. Ada rupanya ditutup dengan cucur. Kalau dulu, ia disusun elok sebelah cucur. Tapi kuah kacang masih sedap lagi tapi persembahan cucurnya agak mengecewakan. Nampaknya kena cari tempat ngeteh lainlaaa lepas ni, huhuhu.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mungkin dah tukar tukang masak kot kak. Siap ada timun tauhu sekali. Kalau kat sini jangan haraplah nak ada timun tauhu. Cucur semata-mata dengan sos pedas manis tu. bukan kuah kacang.

    ReplyDelete
  2. Macam terkejar-kejar buat. Main letak.
    Watak utamapun sudah berubah fiziksl.

    ReplyDelete
  3. Jom kita cari susur udang di tempat lain SK.

    ReplyDelete
  4. Macam cucur bilis la pulak..
    Kalau coq udang utara biaq takdak udang tapi warna kuning dan kena ada kucai..baru feel

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!