Assalamualaikum WBT
MULAI hari ini, semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi diberi pelepasan untuk pulang mengundi mengikut destinasi masing-masing dan semua kelas ditangguhkan sehingga 21 November ini. Sejak Ahad lepas pula, semua kuliah Iman diadakan secara dalam talian. Walaupun boleh sahaja jika hendak mengikuti kuliah dari rumah, Iman memilih berada di kolej. Semalam petang, barulah Sk menjemputnya pulang selepas waktu kerja. Pak Inche pesan agar Sk masak nasi saja nanti dia beli lauk. Sk agak tentu lauk dari Dapur Asmara. Memang elok sangatlah beli lauk sebab jalan sesak teruk semalam kerana ada lori rosak sebelum Sekolah Memandu Bunga Raya, jadinya sampai rumah pun dah lewat.
eh murahlah ada kari ayam, rendang daging, paru, sayur, bagai
ReplyDeleteMeriah lauk pauknyeee..
ReplyDeleteAkak ni macam Ahnaff la.. kalau kari feveret dia yang cicah roti canai tu nanti last sekali dia hirup kuah tu dengan sepenuh hati. 🤣
murahnya kalau macam tu baik beli je lah SK..ni nanti nak siang lauk nak bersih nak kupas bawang dah siap masak nak basuh nak kemas lagi mahal dari beli lauk siap
ReplyDeleteMurah betul tu..
ReplyDeleteAgaknya dia nak berniaga sambil bersedekah...
Kalau dekat saya pun nak juga pi beli...hihihi
Suka pulak ayat last tu haha ...
ReplyDeleteMeriahnya lauk tp rm33 je.. mcm murah je dah la x perlu 'berperang' di dapur.. sekali seminggu boleh la kan diberi mandat ni.. manjakan isteri begitulah.. hehehe
ReplyDeleteMeriah lauk pauk dia... Rendang daging tu betul laa klu ada lemang heaven nya la kan hahha
ReplyDeleteLom mengundi dah dapat mandat? hehehehe
ReplyDeleteBab tapau lau ni mmg x pernah terjadi kat rumah SA...memang la kena masak..simle pun simple la anji masak..lauk kat luar tu risau ada ajinomoto..Mak Pah mmg x leh...sesekali je la bawak diorang makan kat luar
ReplyDelete