KEROPOK LEKOR DARI TERENGGANU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

RABU lepas, lalu di Facebook Memories, gambar Keropok Lekor dari Terengganu yang Sk baru goreng masa tu, buah tangan Cik Ani dan Che Li yang pulang dari kampung Che Li di Terengganu. Kebetulan pulak masa memori tu lalu, Cik Ani dalam perjalanan balik ke Johor dari Terengganu juga, hahaha. Terus screen shot dan hantar kat grup whatsapp. Cik Ani pesan agar datang ambil esoknya di Senai. Tapi esoknya tu, kan Sk tak sempat ke sana sebab pergi beli karpet Iman. Jumaat, baru Sk ke Senai, yang bawa Spaghetti Bolognese tu.


Malam tu jugak goreng. Makan sorang-sorang sebab tinggal sorang. Makan sorang-sorang pun, penuh satu pinggan. Sk memang penggemar keropok lekor dan apa-apa jenis keropok ikan, makan sampai melecet lelangit pun sanggup. Haa.. siapa sini geng makan keropok sampai lelangit melecet, hahaha. Tapi tulah, tak ada sos keropok, kita cicah sos cili cap Life aje la.


Makan depan tv. Kebetulan lagi, sambil tengok Sepahtu Reunion Live Tour yang dibawa secara langsung dari Gong Badak, Terengganu. Lagi nak jadi kebetulan pulak ada gerai Keropok Losong yang dijadikan props persembahan bagi episod Khilaf Seorang Ayah. Jadi, sambil tengok SRLT, sambil kunyah keropok lekor. Tak sempat habis rancangannya, keropok sepinggan habis dulu.. hahaha.

Mekasihhhhh Cik Ani & Che Li!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alaaaaa.... dah habis rupa keropok lekornya huhuhuuu. Sampai hati tak suruh mambang hantar sikit ke LD.

    ReplyDelete
  2. Haha tema Terengganu. Uiks habis makan seorang.

    ReplyDelete
  3. Dapat keropok lekor dari Ganu terpaling sedap memang sedap makan. Tapi tak sampai melecet. hehehe...

    ReplyDelete
  4. mmg sedap kalo mkn kopok lekor ganu..dlu2 masa outstation ganu sblum balik dpt rezeki kopok lekor byk juga

    ReplyDelete
  5. iklan keropok lekor ni lalu lalang kat FB...dah la SA pun sama macam SK suka makan sampai melecet lelangit..suka makan keropok losong, keropok keping...ish....sajer je kan...

    ReplyDelete
  6. Makan panas2 gabung pulak dengan sos pencicah tu meletup sangat

    ReplyDelete
  7. Wah..berkeropok lekor trengganu depa na...
    Kalau kena gaya..makan kereopok lekor rebus pun sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!