Assalamualaikum WBT
MAMBANG rajin turun ke Tanah Jauhar pagi ini. Tuan Tanah Kedaung yang manjang malas tu, pagi ini masak nasi lemak dengan sambal kosong, buat telur lenggang dan kukus telur dua biji semasa menanak nasi lemak. Kebetulan timun ada setengah biji lagi, yang tak ada kacang tanah goreng.
Tak apalah tak ada kacang tanah, takkan nak kansel pulak masak nasi lemak kalau tak ada kacang tanah. Sk tak letak hirisan bawang, cuma masukkan halia dan halba jer dalam ramuan nasi lemak. Nak rasa macam nasi lemak dulu-dulu, Sk masukkan sebatang kulit kayu manis dan dua kuntum bunga lawang. Daun pandan tak ado, rumah jiran pun tak menanam pokok pandan. Rumah sendiri, lagi laaa.. haraammm.. hahaha.
Jempuitttt tengok.. 😆
8 Comments
Tak ada kacang anah, tak bubuh bawang, tak ada daun pandan bukan syarat nasi lemak menjadi sedap hahahahaa.... yang penting masakannya sedap, jadi sedaplah.
ReplyDeleteTTK sorang ni tak pernahlah masakannya tak menggoda TT Gombak ni haha ...
ReplyDeleteBoleh copyright tu nama nasik lemak tu....
ReplyDeleteyang penting sambalnya sedap yang tak cukup tolak tepi
ReplyDeletePada SA dah cukup dah ni...dh kira lengkap dah...
ReplyDeletesedapnya...nasi lemak masak sendiri..
ReplyDeleteNi kalau dapat alas dengan daun pisang or bungkus dengan daun simpor...lagi aummm
ReplyDeletememang kene tengok jelah...dah hari selasa petang dah pun..confirm nasi lemak dah habis
ReplyDeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih