Assalamualaikum WBT
DISEBABKAN hari Khamis lepas, Sk tak dapat datang ke Senai, Sk berjanji dengan ibu, akan datang pada hari Jumaat. Angah beritahu dalam whatsapp, pagi tu dia dan ibu ke Pasar Orang Asli di Permas Jaya. Tak lama kemudian, ibu pula telefon, beritahu ikut Angah ke pasar. Beberapa lama kemudian, sekali lagi nama ibu terpapar di skrin telefon, rupa-rupanya Indah telefon guna telefon nenek. Indah menyampaikan pertanyaan dari ibunya, Angah, Iman makan tak ikan sembilang? Eh, makannnnnn...
Langkah kanan, sampai Senai, dah siap seperiuk Asam Pedas Ikan Sembilang. Dalam kuali, beberapa ekor ikan kerisi sedang berjakuzi nampaknya. Tapi, jakuzi dalam minyak panas, laaa.. hahaha. Tipulah kalau Sk makan asam pedas tak bertambah nasi. Nak nak pulak, ikan jarang jumpa, kan. Ikan sembilang ni isi dia lebih lembut dari ikan mayong. Dua-dua pun Sk suka aje.
Sedapnya...! I like, asam pedas!
ReplyDeleteSini ada kedai makan, gulai ikan sembilang, terangkat! ^_^
Eh, samalah lauk kita hari ni.... Asam podeh!
ReplyDeleteOooo... dah berjakuzi, bergossip pulak dua beradik tu ye.
ReplyDeleteTu, peria... samalah lauk kita hari ni SK.
Entak kenapalah wak tak makan ikan sembilang.
ReplyDeleteikan keli pun wak tak makan terutama ikan keli ternak
Yang ni kita geng la wak..ðŸ¤
DeleteDulu-dulu saya selalu juga masak asam pedas sembilang..keli dan belangkas.. tapi saya tak makan la..Dalam banyak-banyak ikan tak tau kenapa sekarang saya dah tak makan keli dan sembilang.Padahal dulu makan ja..mengada betul tekak ni..hihihi
ReplyDeletedkt sini susahnya nak cari ikan sembilang tak tau la kot saya yang tak jumpa cari tapi saya ada ikan patin dalam peti rasanya nak asam pedaskan juga la
ReplyDeleteSedapnya ikan sembilang masak asam pedas.. tapi dah lama tak makan ikan sembilang. Kalau dulu² atok Ahnaff selalu menjala sembilang. Buat singgang pun sodap.
ReplyDelete