BELI KASUT DAN MAKAN DI JOHOR PREMIUM OUTLETS

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT

IMAN cerita, satu hari tu, hampir-hampir dia tergelincir gara-gara pakai sandal yang dah haus tapaknya. Tak ingat dah berapa tahun pakai sandal tu, tapi bila Iman angkat kaki, bahagian belakang tu memang dah tak ada bunga, hahaha. Ingat, tayar kereta aje ke yang ada bunga.


Jualan 11.11 katanya.. Iman ajak ke Johor Premium Outlets (JPO) nak beli sandal dan sneakers jugak. Dah sudahhhh.. dengan Sk sekali terjebak, tapi Sk beli sandal aje, nasib tak tergoda beli kasut sekali. Kena pakai dulu kasut yang ada sampai habis bunganya, hahaha. Dahlah hari tu salah satu kasut yang masih elok tapaknya boleh kopak. Sk hantar baiki kena doploh ringgit servis gam dan jahit sekali, buat jugak sebab sayang nak buang, tapaknya elok lagi. Sampai JPO, punyalah ramai umat, Singaporean pun ramai, apa dorang ni tak keroje ke hari Jumaat? Atau ambil cuti semata nak shopping? Hihihi. Meriah betul!


Dah pusing lebih sejam, tak dapat lagi kasut idaman. Sk ajak ngopi dahulu. Masalah orang kaki plus size, ada yang berkenan tak ada saiz besar. Ada saiz besar tak berkenan pulak di hati. Masa ni dapat beli sandal aje, Iman kata, nanti pergi semula kedai pertama (masa mula-mula sampai). Tengok orang lain kemahen berbondong-bondong beg shopping kat tangan.

     

Iman tak nak kopi, dia minum sparkling, sampai melimpah-limpah air sebab gasnya naik. Pagi tu kan dah makan ala Pantai Timur, ni nak makan ala barat pulak, haha. Iman pesan Spaghetti Mushroom.. sedap laaa.. takkan tak sedap kan.


Tuan Tanah Kedaung mula nak makan Hawaian Pizza tapi beralih arah ke Chicken Lasagna.


Tu takpa, mula nak minum Americano tapi tetiba mintak Cappucino. Lama tak mengopi dan mengeteh bersama Iman, hehehe.


Akhirnya dapat jugak sneakers yang cantik. Unik ya design dia, ada sulam di bahagian hadapan dan bahagian tumit dengan motif yang berlainan. Harga asal RM339, harga dipamerkan RM239 tapi bila bayar cuma RM169. Tengok harga di website juga masih RM339. Berbaloi la beli, kemahen lebar la senyum budak tu dapat kasut baruuuu.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronok tgk dua beranak ni..comell...lama dah x sopim kat JPO ni

    ReplyDelete
  2. Pernah jugalah singgah di sana masa balik dari Legoland. Lama juga dah tu, anak masih 3 orang lagi waktu tu .

    ReplyDelete
  3. Sedapnya spaghetti dan lasagna tu. Sosnya nampak mengancam. Eh, dah tengok makanan lupa pulak nak komen pasal kasut!

    ReplyDelete
  4. Nmpk sedapp telur dadar ru keer 😭😭

    ReplyDelete
  5. Cantik kasut Iman, Acik pun berkenan :D
    Spaghetti mushroom tu nampak sedap betul, lapar jadinya haha

    ReplyDelete
  6. Cantik design kasut tu ..berkenan laa ..tambah ada sulam2 tu

    ReplyDelete
  7. Lawanya kasut pilihan Iman. Ritu pergi masa cuti sesak teruk. Heee.. nak pergi hari santai bilakah.

    ReplyDelete
  8. Wah...sedapnya di tekak dapat makan western..
    Kaki pun sedap dapat kasut baru...hihihi

    ReplyDelete
  9. Makanan sedap..kasut pun chantekkkk 😊

    ReplyDelete
  10. Cantik design, warna kasut tu Vans la plak...patut cantik giler rega dia...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!