Assalamualaikum WBT
HARI ini, dah masuk tujuh hari bekerja dalam bulan November. Tujuh hari ni, belum merah lagi punch card Sk. Bulan lepas dan bulan sebelumnya, boleh tahan jugak, lebih tiga kali merah. Bulan lepas, sampai lima kali. Sk tak mengaku la SK yang salah. Pukul 6.45 dah keluar rumah tau, tetiba pepagi ada orang turap jalan la... sehingga menimbulkan kesesakan yang luar biasa. Sakit hati dibuatnya... hahaha. Wahhh, Sk sakit hati pun masih mampu ketawa ya. :p
Hari isnin, masak Ayam Sambal. Pagi-pagi, keluarkan ayam dari bahagian freezer, masukkan air dan letak bekas ayam tu di bahagian chiller. Mula nak letak jer di luar, biar dalam suhu bilik tanpa rendam dengan air, tapi risau pulak terlebih lama di luar, nanti ada pembiakan bakteria. Tak pasal-pasal keracunan makanan.
Jenis-jenis keracunan makanan ni ada beberapa cara tau. Ada yang berubah warna, ada yang berubah bau, ada yang berubah rasa, ada juga yang tak ada tanda. Jadi, nak selamat letak dalam chiller untuk mengekalkan suhu sejuk yang boleh melambatkan pembiakan bakteria.
Balik rumah, ayamnya dah lembut. Kita terus perap dengan garam dan kunyit sekejap, kemudian lumur dengan minyak masak, masukkan dalam Air Fryer. Senang kerja kalau guna AF ni. Jimat minyak tapi elektrik tak pasti la, haha.
terbayang pulak nak makan chapati dengan sambal sardin
ReplyDeletedekat sini dengar berita parlimen bubar pagi esoknya terus ada jln yg tutup nak baiki,selama ni brp lama duk biar je jln berlubang..geram
ReplyDeletecapati untuk cuci mulut tu SK lepas makan nasi
sedapnya makan capati dengan keema tu, dah lama tak makan sejak kedai india tu tutup. Sekarang barang dah naik harga, restoran kekalkan harga tapi kurangkan kuantiti :(
ReplyDeletetudiaaa...sampai rasa nak pecah perut...lama dah x makan capati
ReplyDelete