Assalamualaikum WBT
SEMALAM petang, Tini whatsapp Sk. Alaa.. Tini, kawan Sk yang tumpangkan rumah dia masa ibu Sk kuarantin Covid 19 tu. Tini beritahu, kawan-kawan di Kampus Induk bercadang nak kemaskan barang-barang dan meja kerja arwah Izwan hari ini. Anak arwah Izwan juga dah boleh keluar hospital petang semalam dan akan dijaga oleh keluarga sebelah arwah isterinya memandangkan ibu arwah mengalami stroke. Yang sedihnya, arwah yang jaga ibunya yang sakit dan kini arwah pula yang pergi dahulu. Terus Sk teringat sepupu Sk, Arwah Kak Sepet yang meninggal dunia mendahului ibu yang dijaga kerana terlantar akibat stroke. Terus teringat jugak kepada ibu Sk. Terus teringat pada diri sendiri. Teringat adik-beradik, teringat Pak Inche, teringat Iman. Di antara kami, tak tahu siapa yang akan pergi dahulu. Benarlah bahawa tua bukan syarat mati. Belum tahu jika kita tua dan sakit nanti masih ada anak yang menjaga atau kita akan meniti hari tua sendiri tanpa teman.
anak arwah mesti tercari2 mama papanya..xsanggup nak bayang sedihnya,saya pun kadang terfikir dah tua nanti sapa nak jaga kita anak sorang je,padahal ketentuan Allah dah cukup sempurna
ReplyDeletelamb chop tu nampak macam kalah pakmat western punya...
Tak sanggup bayangkan anak arwah selepas ni bila ketiaadan ibu ayah dia...allah..sedih sebak rasa hati...sedapnya lamb chop...
ReplyDeleteyelah kan...salad bukannya tahan lama... taknaklah bayangkan yang bukan bukan. siapa pergi dulu atau siapa pergi kemudian. tak pernah bersedia untuk sebuah kehilangan
ReplyDeleteSemoga yang baik2 sahaja untuk anak2 yang suci tersebut
ReplyDeleteAmboiii sedap lamb chop. Ahnaff cakap mintak sikitttt 🤣.
ReplyDeleteKak, sayu tengok anak arwah. Terus terbayang anak² sendiri. Moga arwah dan isterinya ditempatkan bersama² dengan orang² yang beriman.
😭 Semoga Allah mudahkan urusanmu duhai anak..menemukan kalian dalam syurga.
ReplyDeleteTak mau komen kambing..sebab sedih...huhuhu
Macam kita kak, adik yang dapat menjaga Emak, sebab Emak lebih selesa dengannya, dengan lelain, sekejap-kejap jerr dia mahu, kalau orang tak faham, kata kita ni lepas tangan huhuhuhu sedih nak cite..
ReplyDeleteSetuju SK. Syarat mati bukan semestinya tunggu tua.
ReplyDeleteOh, kambing! Balik hantar Abang Farid Ahad lepas, kita singga di Kunak makan lamb chop....!