SAMBAL DAGING & TELUR KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM pagi dah sampai pejabat baru teringat, tak rendam apa-apa untuk dimasak buat makan malam. Terus whatsapp Pak Inche, tanya, nak masak apa untuk dinner. Nak Sambal Daging, katanya. Baiklah, macam tu tolong keluarkan bekas daging dalam freezer, masukkan air, kemudian letak dalam chiller. Sejak Iman masuk U, memang macam tu la gayanya. Kena plan awal-awal nak masak apa, kalau tak, makan kedailah jawabnya. Boleh jer nak pura-pura lupa, tapi kalau hari kerja lebih rela memasak sebab malas nak bersiap untuk keluar semata nak pergi makan. 😂

Tapi, tu laaa.. pes cili  dah habis. Ada cili kisar yang Pak Inche beli siap, Sk fikir, masak jer la guna yang tu. Kalau tak sedap, padan muka Pak Inche, nak sangat kan Sambal Daging. Sebab Sk bagi pilihan, nak Daging Masak Merah atau Sambal Daging? Ehhhh.. nak jugak tu Sambal Daging. Tapi, dah namanya isteri mithali kan, balik rumah, kita terus cuci cili kering. Mintak ampunlah, tak sempat nak gunting-gunting untuk buang biji. Sambil rebus cili, sambil kopek bawang. Daging yang Pak Inche rendam tu, dah lembut, kita hiris nipis, gedebak gedebuk gedebak gedebuk, siap semangkuk Sambal Daging. Dah nak makan, baru goreng telur taruk kicap, gandingan yang mantap!

Mantul ko!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Air tangan is3 sedap ajekan pak inche

    ReplyDelete
  2. masakan homemade jugak yang terbaik walaupun simple...hihi...

    ReplyDelete
  3. kalau hari bekerja saya pun tak sanggup nak buat2 lupa masak,nanti lagi penat kena bersiap nak makan dkt luar

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Sedap tu SK telur kicap. Di dapur kita tak ada sebiji telur pun.... LD hilang telur lagi!

    ReplyDelete
  5. telur mata letak kicap kipas udang...pergh....nasib tengah sakit tekak

    ReplyDelete
  6. Lauk trade mark PI la ni kan...
    Saya pun bila nampak sambal daging atau daging masak kicap ...mesti ingat masakan SK

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!