BURGER DAGING LAKI BINI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum wbt

AHAD tengahari, Pak Inche hantar gambar troli kat grup whatsapp, dia pergi shopping barang dapur kat Pasaraya NSK. Iman kata, kesian babah, gi shopping sorang-sorang. Sk pesan, jangan beli barang banyak sangat sebab tak ada orang nak tolong angkat. Kalau ada Sk atau Iman, ada yang tolong susun barang dalam troli sementara Pak Inche membayar. Ni, mana nak bayar, mana nak susun. Pernah ya, dulu dia tertinggal barang kat kaunter sebab sibuk nak membayar, dah sampai rumah, baru sedar barang tak cukup. Tengok dalam resit, ada tulis, sah tertinggal.

Balik dari NSK, Pak Inche ke klinik di Bandar Baru Uda untuk ambil bekalan ubat dan terus beli Nasi Ambeng. Disebabkan dah makan nasi, malam tu dia kata nak makan burger aje. Siap pesan supaya Sk beli goreng pisang lepas balik kerja. Baik, tuan! Sk beli goreng pisang RM5, boleh habis makan berdua. Tahulah goreng pisang RM5 sekarang banyak mana pun.


Pak Inche beli roti burger, kubis salad, timun dan tomato. Daging burger memang dah ada kat dalam peti ais kat rumah. Pak Inche suruh Sk hiris salad kubis, tomato dan timun sementara dia memasak daging burger. Sebelum tu, Pak Inche sapu mentega pada roti dan panggang dulu. Sebelum susun timun dan tomato, Sk sapu dulu mayonis di kedua-dua bahagian roti. Siap susun, daging burger pun masak, terus Pak Inche letak atas roti yang dah diletakkan tomato dan timun. Masa panas-panas tu, letaklah slice cheese atasnya kasi meleleh. Mula ingatkan nak buat double cheese tapi takut makin berlapis-lapis pulak babat ni, hahaha.


Setiap kali makan burger, Sk mesti teringat burger yang pertama Sk makan, tak silap masa Sk berada dalam Tingkatan 2 atau 3. Abang Imran, anak Mak Lang yang bawa burger tu. Burger dua biji kot, ibu bahagi 8 bahagian, itulah burger yang tersedap Sk makan, agaknya sebab sikit kot, hahaha. Sekarang ni, nak makan dua tiga biji burger pun boleh kalau larat, syukur Alhamdulillah. Tapi biasanya, Sk makan sebiji sajalah. Kalau Pak Inche, kena dua biji, baru dia cukup, hahaha.

Tapi tulah.. roti burger tu sebungkus 10 biji, baru guna tiga biji. Lagi tujuh biji nak jadik apa???
Tungguuuuuuu!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. haaa nak jadi apa roti burger yang 7 biji lagi..SA suka je buat burger sendiri tapi tu la..masalahnya org yang juala roti burger ni x leh ke jual sikit2 je roti tu...dah x habis...

    ReplyDelete
  2. Wowww burger laki bini... Pasni klu terdatang rumah kak Sk, agak2 dapat x makan burger ni? 😜

    ReplyDelete
  3. Buatkan Ahnaff benjo sebijik bondaaa 😆

    ReplyDelete
  4. Lama tak ziarah SK, alhamdulillah kenyang nampaknya makan burger airtangan Pak Inche tu hihi...
    Rasanya zaman kecik2 dulu, serba-serbi sedap, sebab tak mampu beli. Bila sesekali merasa tu, sedapnya teringat-ingat :D

    ReplyDelete
  5. Alaaaa... ada tuggguuuuuuu la pulak!

    ReplyDelete
  6. Sekali sekala buat burger sendiri boleh rasa air tangan sendiri juga kn

    ReplyDelete
  7. Nak perabih roti burger tu mmg satu masalah jugak..hihii..homemade buger mmg terbaik..kecur tengok

    ReplyDelete
  8. Pak Inche banyak fikir tu sampai tertinggal. Ghisauu terus Mak Inche dan Iman. Buat burger sendiri boleh ikut selera sendiri. Haa..tak payah double..single cukup pun dah kenyang..hehe...Jangan jangan makan burger hari hari tak..Boleh buat bekal tu.

    ReplyDelete
  9. Menagis kalau McD tengok ni...kalah burger depa🤣

    ReplyDelete
  10. baca tajuk ingatkan daging laki bini dijadikan daging burger..hahahha..dah serupa tajuk sotkabar Metro da

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!