LAUK-PAUK IBU MASAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

TAK sabarrrrr nak beraya Sabtu ni. Di sana-sini meriah bendera pelbagai parti yang bertanding. Kalau di Johor Bahru ni, bendera biru dan merah la yang paling banyak di kiri-kanan jalan. Mungkin banyak penaja bendera tu atau parti tu memang betul-betul banyak wang. Sk sebenarnya telah terdedah dengan politik sejak kecil lagi kerana arwah abah membeli pelbagai jenis akhbar.  Apa jer surat khabar yang abah tak beli. Semua berita tu SK suka baca. Tekun ya, sampai Sk hafal nama semua menteri dan menteri besar setiap negeri sampai cikgu pun terkejut, hahaha. Malah, Sk pernah bercita-cita menjadi ahli politik, hahahaha. Selepas tamat sekolah, Sk agak aktif jugak ikut arwah Pak Usu menghadiri mesyuarat Umno, zaman tu belum lagi ada Puteri UMNO. Tapi tu la... lepas kahwin, cita-cita pun terkubur bersama cinta... kahhhhhh.


Masih ada lagi gambar lauk-pauk yang ibu masak yang belum lagi Sk buat entrinya. Gambarnya ada, tapi idea nak menulis tu tak datang, hahaha. Yang ni, Kari Ayam yang jarang-jarang jumpa di rumah Senai sebab ibu kan tak makan ayam. Macam selalu la, ibu sungguh-sungguh suruh datang makan. Walaupun tak makan ayam, gigih ya masakkan untuk anak cucu. Macam mana nak buat ibu happy, biarkan aje apa dia nak buat. Angah kata, dah penat larang. 


Habis tu, ibu makan lauk apa? Ni haaa.. Sambal Tumis Bilis Petai. Tiap-tiap minggu kan, ada lauk sambal tumis, hihi. Ibu kalau giling (kisar) lada, memang sekilo terus. Satu baldi ya stok cili yang dah siap kisar bersama bawang dan halia. Nanti dia tanya, nak tak cili kisar. Sk jarang la nak ambil, kesian la dia dah kisar penat-penat. Tapi, mak-mak memang macam tu, kan. Selagi kita kata tak nak, selagi tu dia pelawa.


Ni antara sayur yang sering dimasak ibu, Kacang Panjang Goreng Telur. Ibu memang suka pecahkan telur bila goreng sayur. Setakat ni, rumah Senai jaranglah putus telur sebab kakak SK jenis gigih ya cari telur. Lagi pulak dia Saudagar Telur Pindang, kan.. maka memang kena selalu ada stok telur. Tapi tu lah, jenuh jugak sebab telur bukan boleh simpan lama. Semoga segera berakhir la krisis telur ni sebagaimana cepat-cepatlah habis pilihanraya. Nak tengok ada perubahan ke dengan sistem pemerintahan negara kita selepas masing-masing diberikan mandat nanti.


Nampakkk.. telur dalam Sayur Kubis Goreng. Rasanya tujuan menambah telur ni untuk membanyakkan porsi sayur tu. Kalau sayur semata, nanti sikit porsinya, bila tambah telur nampak banyak. Selain tu, telur jugak berkhasiat, kan. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi. Sumber


Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api. Pedas betul tapi sedap. Betullah kata Mak Ngah, makan kalau tak pedas, sunyi.. hihi. Pekat, kan santan tu. Ibu masak lemak cili api letak bawang sebab dia kata, tak pandai masak tak letak bawang.


Ikan apa ni eh.. yang ni goreng garam kunyit jer. Agak-agak tak tertahan pedas, cubit ikan ni gaul dengan nasi putih yang tak kena kuah, sumbat dalam mulut. Begitulah cara nak menghilangkan pedas kalau nasi dalam pinggan ada lagi. Tapi, kalau nasi dah habis, petuanya, ambil gula secubit, letak kat lidah.. insyaAllah.. mujarabbbbb!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wow hebat kakakku SK cita-citanya dulu,kasih ibu..sy teringat ada 1 pesan kalau mak pelawa makan kita pergilah makan..bab diet tolak tepi,mak2 ni dia suka tengok anak2 makan
    makngah memang kuat pedas kita pun suka pedas tapi perut tak tahan

    ReplyDelete
  2. Wow ..kagum dengan cita-citamu itu..!
    Mak saya dulu kuat politik juga..tapi sampai tang saya...kelaut.
    Belajar politik dari form 6 dalam Pengajian Am..sampai sudah hanya mampu lulus sahaja tak cemerlang..
    Eh..bukan semalam ada orang tu kata nak masak sardin ke?hihihi

    ReplyDelete
  3. lpr la tgk lauk2 tu sbb dr pg blum bfast...bila work from home, pg2 dh ngadap laptop wat kj

    ReplyDelete
  4. Mak2 mcm tu lah kan? Mak sy pn mcm tu tp dia blend je jd perencah masak lps tu sibuk bgtau dia dh buat bhn blender kalau nak, ambik je.. sy kalau desperate mmg mintak je mak x offer sy yg mtk.. hehehe.. dpt sekali masak pn jadilah

    ReplyDelete
  5. Kalau mak² yang masak semua pun sedap kan kak. Walau simple je lauknye.
    Masih belum terlambat mengejar cita² tu kak. Nanti PI boleh tolong berkempen 🤣

    ReplyDelete
  6. mak-mak gitulah kan..teringat mendiang nenek ammi. kalau dia datang ke rumah beriya dia masak macam2 untuk anak menantu cucu dia padahal dia vegetarian. Dia tak kisah basuh ayam, basuh ikan untuk bahagiakan hati anak cucu dia

    ReplyDelete
  7. hey lauk dia menggoda sungguh adui jadi lapar iena. nak masak x boleh lagi buat masa ni.

    ReplyDelete
  8. Biasa a mak2..sama la macm kat rumah ni..bukan mak..tp pak...hahahha..pak zain mmg suka la tu bg apa yg ada dlm fridge kalau adik badik balik..suka la diorang..bawang la..halia la...ikan la...dh mmg perangai dia...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!