NASI GORENG TELUR MATA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT

KESIAN Iman, khabarnya, setiap malam makan nasi goreng. Nasi goreng tu pulak ditapau awal-awal waktu petang. Ada sekali tu, dorang tapau pukul 4, nak makannya pukul 8, dah masham. Iman pulak hari tu bawa balik ke rumah nasi gorengnya, terus masuk peti sejuk. Jadi, selamatlah nasi goreng Iman tak basi. 😂


Yang lagi kesian, kat kolej hari-hari dah makan nasi goreng. Balik kampung rumah pun, emaknya masak nasi goreng jugak 🤣. Tapi, nasi goreng bonda istimewa sikit la.. ada telur mata. Hidang pun ala-ala room service kat hotel 😜.


Mementang telur tengah banyak, kan.. 

Iman tak makan kuning telur cair kecuali dalam masakan berkuah. Contohnya maggi, dia boleh. Tapi, kalau telur mata, kena pastikan kuningnya keras. Telur separuh masak tu, dia tak makan. Entahlah, rasanya masa kecik-kecik dulu, ada jugak bagi dia makan telur separuh masak. Tahu-tahu sejak dah sekolah, tak nak lagi makan kuning telur cair. Jadi, kenalah masak bagi keras 😍😍😍.
Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. semuanya tu akan jadi kenangan manis utk Iman..saya ingat waktu belajar dulu pun sama tiap2 hari juga makan nasi goreng,zaman saya dulu nasi goreng rm3.50 makan separuh untuk tengahari simpan separuh lagi untuk malam bila dikenang sekarang rasa seronok sedih pun ada

    ReplyDelete
  2. cafe kolej 9 dulu best... macam macam ada...ada chicken chp murah,, nasi goreng macam macam ada... tapi entahla sekarang kalau makin out kualitinya sebab barang mentah mahal, harga jualan kena kurang sikit dr kat luar

    ReplyDelete
  3. Untunglah ada telur hihi...sini telur yilek!

    ReplyDelete
  4. nasi goreng ada telur mata fav..nk2 yg cair...ank2 mmg suka yg keras kuningnya

    ReplyDelete
  5. Nasi goreng bonda haruslah terpaling special untuk siap. Food plating taknak kalah dengan hotel. hehe...Saya pun tengok hidangan juga kalau nak makan telur kuning separa masak tu.

    ReplyDelete
  6. Kite suka telur kuning cair². Kalau masak keras tu tak sukaaaa 🤣

    ReplyDelete
  7. Sama la ngan si bertuah Dania tu ha..boleh la geng ngan Iman..x makan lembik2...telur separuh masak yang begitu sedap pun dia tak suka...kecik besau je pandang dia...

    ReplyDelete
  8. kalau unlce pulak suka kuning lebik

    ReplyDelete
  9. iman mcm adik bongsu sy sama jugak tak mkn telur kuning yg mcm tu. pd dulu masa dia kecik blh je dia mkn. dah jd anak teruna selera bertukar hehe

    ReplyDelete
  10. Saya pula buat telur separuh masak ja akan fail..
    Selalu overcook..keras kuningnya..kena bagi kat Iman la agaknya..hihihi
    Takpa Iman..semua kenangan zaman study akan menjadi kenangan yang seronok untuk dikenang...Semoga Allah mudahkan urusan🤲

    ReplyDelete
  11. kat rumah SK ada sorang je ... yg kat rumah ni ada 3 ketul tekak nak jaga. sorang nak lembik gedik, sorang nak keras, sorang taknak kuning..ehhhhhh banyak songeh korang. jangan sampai ammi yg suapkan masuk mulut

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!