KARI AYAM ALA BANGLADESH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

DAH berapa kali nampak ramai Tik Tokers yang kongsi Kari Ayam yang tidak ditumis rempah-ratusnya sebaliknya semua bahan dilebur terus dalam periuk macam nak masak rendang. Dikatakan juga ini adalah resepi Kari Ayam Bangladesh. Sk tak pasti adakah memang ianya resepi asal ibu-ibu dari negara sana atau telah diubahsuai oleh pekerja-pekerja Bangladesh yang datang ke Malaysia. Ialah, penat kerja, nak masak lama-lama di dapur pun penat. Atau mereka nak bawa ke tempat kerja, jadi nak kena masak cepat, terus lebur semua dalam kuali, hahaha.

Bila ramai yang tiru kata sedap, Sk pun ikut terpengaruh tapi setiap kali teringat, setiap kali tu tak ada nak masak kari. Masa borak-borak sambil tunggu Braised Smoked Duck di Restoran Budak Siew Mai semalam, Naza beritahu, dia dah cuba resepi tu dan boleh tahan sedaplah. Kebetulan pulak Sk dah rendam ayam siap-siap untuk masak kari semalam, jadi kita kasik jadiklah!

Sk kurang satu bahan yang agak penting jugak kot iaitu jintan putih. Lain-lain, sama aje macam kita masak kari bertumis tu, tinggal lagi sama ada kita nak tambah sayur-sayuran seperti bendi dan sebagainya yang sesuai masuk dalam kari. Kalau tengok pada rupa, memang seakan dengan kari yang biasa SK masak cuma tekstur bahan tumisan tu agak terapung dan kurang sebati macam jika kita tumis sehingga terbit minyak. Dari segi rasa, tidak kurang juga sedapnya, maklumlah, tukang masaknya pun memang dah semulajadi pandai memasak, kan... hahaha. 

    

Sk sengaja biarkan Pak Inche makan sampai habis baru bertanya, sedap tak lauk kari tu? Pak Inche jawab, sedappp.. sambil angguk-angguk. Berani ke kata tak sedap, hahahaha. Tapi tengok gaya siap bertambah nasi, tentulah betul-betul sedap, kan. Jadi, lain kali kalau rasa malas nak duduk berdiri depan dapur tu, bolehlah lebur terus karinya atau nak lagi senang keroje, masuk aje dalam periuk noxxa, hahaha.


Ini cara Sk la ya. Naza kata, ramai jer yang ubah-ubah resepinya jadi Sk pun tak pasti bagaimana resepi asal. 

Mula-mula masukkan ayam yang dah dipotong anggaran 6 - 8 ketul dalam periuk. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga serta daun kari.


Masukkan kentang dan carrot. Kisar 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang dan setengah inci halia, masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan 3 sudu rempah kari, 1 sudu serbuk cili dan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Di sini Sk abaikan cili merah dan jintan putih. Masukkan juga minyak masak dan gaul semua bahan hingga rata kemudian panaskan dengan gunakan api paling kecil hingga ayam hampir kecut.

P/S :  Sk lupa nak snap gambar untuk langkah ini.


Dah masukkan air, baru teringat tak ambil gambar, hahaha.

Okey, bila ayam dah hampir kecut tu, baru masukkan air anggaran dua cawan dan kacau sebati. Kemudian, besarkan api secara sederhana. Tutup periuk (renggangkan sedikit) dan biar sehingga menggelegak, kacau sekali sekala. Rebus anggaran 15 minit atau hingga ayam masak.


Dah siap, bolehlah tutup api. Biarkan selama sejam atau lebih agar kuahnya mesra. Jika nak letak santan, pun boleh juga tapi katanya kari Bangladesh tak letak santan. Tak tahulah betul ke tak, sebab tak ada kawan Bangladesh nak tanya, hehehehe. Apapun, kita semua sama-sama makhluk Allah swt yang menumpang di muka bumi ini, jadi, jangan prejudis, okey!

Terima kasih, Abang La kerana memudahkan kerja saya, hehehe.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedaplah SK, mesti mau cuba...apatahlagi jenis lebur je semua atas dapur... Senang kerja hihi...

    ReplyDelete
  2. Kreativiti masak-memasak memang unik. Macam-macam caranya. Yang penting sodap!

    ReplyDelete
  3. Ni dh macam kari terjun ni... x perlu tumis² bagai... tp cantik jugak kejadiannya

    ReplyDelete
  4. Wah ...namanya tu tak tahan...🤭Selalu juga nampak kat medsos tentang kari ni..Dulu selalu juga mak saya masak kari ikan versi tak tumis ni.Tapi rempah giling la.Dimasak dengan santan pekat sampai terbit minyak baru masuk ikan bagai & tambah lagi santan..
    Saya belum pernah tyr

    ReplyDelete
  5. Bagusnya siap ada gambar step-by-step. Boleh la rujuk kat sini lain kali. Terima kasih kongsi gambar & resipi :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!