MAKAN DI RESTORAN YEO SEKELUARGA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

DAH setahun 13 hari kami tak makan di Restoran Yeo Sekeluarga. Dulu-dulu, hampir setiap bulan kami mesti datang ke sini untuk makan malam. Kadang-kadang, minggu ni dah datang, minggu depan datang lagi sebab itu sajalah restoran makanan laut yang digemari Pak Inche. Tapi, sejak jalan ke Pendas tu dibesarkan dan ditambah baik tapi tak baik-baik, macam malas nak ke arah sana lagi-lagi sejak dah banyak pilihan Chinese Seafood halal yang lain. Rupa-rupanya, kakak cashier pun perasan ya kami dah lama tak datang. Dah setahun tak nampak dia kata, hahaha. Ni pun tuari hampir tersesat, nasib baiklah Imannya perasan. Dahlah jalannya tak siap-siap, gelap, lampu jalan tak menyala. Bertahun dah buat jalan baru tapi tak siap-siap, pelik betul!


Minggu ni, Iman tidur semalam aje kat rumah sebab hari Sabtu dia ada program dari pagi sampai petang. Khamis, lepas kerja, terus ambil Iman di kolej. Malam tu, kami ke Yeo sajalah atas pilihan Pak Inche. Kami pesan Sotong Sambal (S) RM22 dan Baby Kailan (S) RM13.


Ambil dua mangkuk nasi jer, Nasi Putih RM2.20 (semangkuk). Sk mintak nasi Iman dua sudu. Tak nak makan nasi banyak sebab masa Majlis Maulidur Rasul dah makan nasi sedulang, kan. Orang lain semua kongsi empat orang sedulang, Sk kongsi makan bertiga aje dengan Kak Timah dan Aida. Kak Timah pulak, awal dah angkat bendera putih, terpaksalah Sk dan Aida menghabiskannya. Yek elehhhh... macam tak biasaaaa.


Kami pesan Daging Masak Halia tapi tukang masak termasak Daging Lada Hitam (S) RM20. Mereka minta persetujuan kami dulu, kalau tidak, nanti dorang masakkan yang lain. Kami setuju aje, tak cerewet, makan aje lada hitam, kan. Daging tu dihiris nipis kemudian diketuk. Lunak sungguh laaaa. Nanti Sk nak cubalah ketuk dulu daging sebelum dimasak.


Hot Plate Beancurd (S) RM16 ni jatuh hukum wajiblah kalau makan dengan Pak Inche. Berebut-rebut masuk mulut sebab panas-panas lagi. Melocot bibir tak apo sebab sedap makan masa panas-panas tu, kan.


Sk dan Iman pulak penggemar Cakueh Mayonese (S) RM16. Kali ni dah ingatkan Iman, tulis betul-betul saiz S. Karang pecah lagi perut kita nak habiskan saiz L sebab tukang masak tersalah baca, hahaha. Tapi, suka aje saiz L sebab sedap sangat ya Cakueh Mayonese ni. Dia bukan macam cakueh yang selalu orang jual kat gerai-gerai tu.


Selepas beberapa kali tak dapat makan Chicken Lemon, akhirnya dapat jugak. Yang ini Iman mintak saiz M (RM18). Suka Chicken Lemon kat sini sebab ia ada hirisan lemon yang berkaramel. Malam tu semua orang malas nak layan makan ikan, jadi tak ada ikanlah. Yang pasti semua lauk licinnnn. Pak Inche kata agaknya pasal lama tak datang, hahaha. Jadi, kena tunggu lama sikitlah baru datang sini lagi.

Balik tu, kami masuk highway laaa... ghisau betul ikut jalan tengah buat tu.. dahlah malam Jumaat keliwonnnnn... huwa huwa huwa...

Restoran Makanan Laut Yeo Sekeluarga
Jalan Tanjung Kupang, 
Kampung Pok, 
81550 Gelang Patah, Johor

Waktu perniagaan :
Setiap hari kecuali Isnin
12 tengahari hingga 9 malam

No Telefon : 010-707 3210

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nak hot plate beancurd... nak ikut melocot mulut sekali.

    ReplyDelete
  2. Tengok pic pertama...macam tak percaya ja hanya order 2 lauk..
    Dah scroll dan baca sampai habis..
    Ok..memang jangan percaya...🤣🤣

    ReplyDelete
  3. saya pun tertanya2 eh PI tak order ikan ke haha

    ReplyDelete
  4. Okeh...nanti kita ajak cik abg tu makan kat situ....nampak sedap tu ha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!