Assalamualaikum WBT
HARI itu merata Sk dan Pak Inche cari telur. Pak Inche cari di Pasaraya NSK, tak ada telur langsung katanya. Sk ke Pasaraya Maslee, cuma ada telur burung puyuh dengan telur itik masin. Semasa ronda-ronda cari telur dalam Maslee, teringatkan roti bun lebihan masak Burger yang masih berbaki enam biji. Nampak pulak kulit popiah, jadi rasa nak buat Roti Khurasan. Hurmmm.. cakap jer la nak tulis content untuk blog, hahaha.
Buat hari Khamis malam, padahal malam tu dah dinner nasi lauk
Sambal Sotong, hehehe.
Untuk inti Roti Khurasan, Sk tumis 3 ulas bawang putih dicincang, kemudian masukkan 200 gm daging kisar (lembu), masukkan bawang besar didadu, sesudu rempah kari daging, setengah sudu serbuk cili, kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan garam.
Untuk sediakan Roti Khurasan, bentang kulit popiah, belah dua roti bun, kemudian sapukan mayonis. Letak sebelah bun atas kulit popiah, susun timun dan tomato yang dihiris nipis, kemudian letakkan inti daging. Letak hirisan kubis salad di atas inti daging sebelum tutup dengan sebelah lagi bun. Lepas letak inti daging tu dah malas nak pegang handphone, hehehe.
Kemudian balutlah roti macam nak balut hadiah. Sapu dengan air supaya ia melekat. Kemudian goreng secara terendam. Minyak jangan panas sangat, nanti cepat hangus.
Siap dah Roti Khurasan. Agak berminyak, kena serap minyaknya guna tisu. Tisu dapur pulak tak ada. Patutlah kat pasar malam tu dia bungkus guna tisu merah kenduri tu. Sorang makan sebiji, ada baki lagi sebiji, Sk panaskan hari sabtu, kongsi berdua dengan Iman masa sarapan. Masalah kat sini, beli kulit popiah sebungkus 40 helai, buat Roti Khurasannya cuma empat biji. Ada baki lagi 36 helai kulit popiah, hahahahaha.
Lebihnya buat popia la [ulak... hehehehe
ReplyDeleteHah bagus SK share resepi ni, nx time boleh PH cuba.
ReplyDeleteOoo..nama dia roti khurasan ehh.. abah Ahnaff suka beli roti ni kalau kat pasar malam. Hihihi.
ReplyDeleteBurger dibungkus dalam popia. Pertama kali tahu.
ReplyDeleteKulit popia kena buat popia sayur atau popia daging.
dulu selalu beli di pasar malam taman u... yg jual tu ala ala budak tahfiz gitu.. berserban
ReplyDeleteMacamanalah telur boleh hilang. Sampai kita pun tak dapat bawa bekal telur rebus.
ReplyDeleteNak rasa juga burger goreng guna kulit popia. Pernah terbaca...tapi lupa entah di mana.
roti khurasan ni asal dari johor ye pernah tengok orang jual di pasar duk fikir roti khurasan ni apa belum pernah beli
ReplyDeleteOh, menu baru bg sy ni kak... kalau rajin boleh jugak try ni.. sonang jerrr... tp kalau malas memang syusah lg menyulitkan.. hahaha
ReplyDeleteOh .namanya roti khurasan...Kat sini ada yang hampir sama buat guna roti oblong tu dipanggil roti farina...
ReplyDelete