NASI GORENG SAMBAL BELACAN DENGAN IKAN BILIS DI HARI MENGUNDI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

RAMALAN cuaca menyatakan pagi ini cuaca cerah di Johor Bahru. Walaupun begitu, manusia hanya mampu meramal tapi Allah swt jua yang menentukan. Celik biji mata, hujan membasahi bumi. Hari ini pula merupakan hari Pilihanraya Umum bagi rakyat negara ini. Hari ini rakyat Malaysia yang layak akan memilih.


Hari ini, Sk goreng nasi untuk sarapan. Belum bersarapan lagi sebenarnya, tunggu Pak Inche. Dia dah keluar untuk mengundi sebelum pukul 8 pagi. Katanya, nak jadi orang pertama mengundi. Hujan-hujan ni tak ada orang dia kata. Tak apalah, sekolah agama  tempat PI membuang undi dekat belakang rumah kami aje. Iman pulak kena mengundi di sekolah kebangsaan. Sk pulak kena mengundi di Tampoi. Nanti-nantilah pergi. Malas pulak nak berhujan.

Nasi goreng ni Sk tumis sambal belacan yang Pak Inche beli dari Dapur Asmara tu. Ikan bilis Sk goreng dahulu tapi tak masukkan dalam nasi sebab mereka-mereka ni tak suka ikan bilis dalam nasi goreng. Jadi, Sk yang suka, asingkan sajalah ikan bilisnya, nanti nak makan baru ambil masukkan dalam pinggan. Ni nanti lepas sarapan la baru Sk dan Iman pergi mengundi bagi menunaikan kewajiban pada negara.


Selamat Mengundi!

😍

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hari mengundi SA buat cekodok je...lepas mengundi makan nasi kandar kat senawang....

    ReplyDelete
  2. ammi buat english breakfast di pagi hari mengundi...acah2 omputih pulak

    ReplyDelete
  3. Wah...nasi goreng pun sodap .
    Saya breakfast nasi lemak kat tempat mengundi..
    Anak-anak pepandai la depa..dah pakat dewasa dah boleh mengundi dah pun..😁
    Sehari tu ja la pepandai..hari lain mak jugakkkk yang masak🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!