MAKAN-MAKAN DI MEDAN SELERA PADANG BROWN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum wbt

KALAU diikutkan geram, lepas makan di Nasi Bamboo Sungai Klah, rasa macam nak patah balik ke KL. Nak bercuti di KL aje. Boleh jugak pergi Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) yang sedang berlangsung. Tapi, tu lah, kan. Takkan nak patah balik pulak, kena jugaklah gagahkan diri meredah lebuhraya. Nak ikut jalan kampung pun jammed juga terutama bila kita melalui pekan-pekan yang ada persimpangan lampu isyarat.

Dari Sungkai, kami ikut jalan lama. Perjalanan agak lancar sehingga menghampiri pekan Bidor, dah mula mengesot. Ada yang dah mula memulas perut gara-gara terlebih makan dan pundi kencing pun dah meminta agar dikosongkan, hihi. Iman memberi idea untuk singgah hotel yang biasa kami transit di Bidor. Staf hotel pun dah kenal muka kami-kami ni yang tiap bulan agaknya singgah setiap kali ke utara, hahaha.

Perjalanan ke Penang diisi dengan kebosanan dan kemarahan, hahaha. Nak marah siapa pun, tak tahulah. Nak marah pada budak sekolah yang cuti sekolah? Atau nak marah diri sendiri yang jalan-jalan masa budak tengah cuti sekolah?? Hahahaha.  Mujurlah perut masing-masing dah kenyang. Sekali-sekala Sk melayan mata apabila Pak Inche mengemudi pelayaran. Haaa.. dia pun tak menahan tu, maklumlah, dah remaja purbakala. Bukan macam dulu-dulu, mampu memandu tanpa transit di mana-mana. Paling teruk pun, tidur setengah jam di kawasan Rehat dan Rawat.

Selepas check-in di hotel penginapan yang telah ditempah awal-awal oleh Pak Inche dan segar diri, barulah kami keluar makan. Ada plan A, B dan C, hahaha. Maklumlah, malam pun bukan muda lagi. Sejak lepas PKP ni, banyak waktu operasi perniagaan telah berubah. Plan A, kami akan ke Padang Brown. Jika Padang Brown tutup, kami akan ke Nasi Kandar Beratur. Jika orang beratur panjang, kami akan ke Sup Hameed, hahaha.



Teruja masing-masing bila nampak lampu masih terang-benderang ketika menghampiri Padang Brown. Seingat Sk, ini pertama kali kami ke sini waktu malam. Biasanya kami ke sini waktu petang. Kali ni, pesan tiga pinggan Mee Sotong. Iman dan Pak Inche nak makan seorang sepinggan, Sk pulak berkongsi dengan Cikwa.


Pak Inche kata, lepas makan di sini, kita pergi Gurney Drive sebab nak makan Sotong Bakar. Sekali, nampak pulak seorang brother ni tengah makan Sotong Bakar, terus Pak Inche tanya, beli gerai mana. Selamat ada jual kat Padang Brown, tak payah lagi nak menapak pulak di Gurney Drive sebab kat sana medan selera jauh dari carpark


Masa mula-mula belajar makan Sotong Bakar ni di Gurney Drive dulu, Sk agak pelik sebab rupanya dia guna sotong kering. Ingatkan Sotong Bakar cicah sambal kicap atau air asam, hehe. Memang ada sotong kering khas. Sk tengok, dorang akan ketuk sotong tu guna penukul khas kemudian barulah dibakar. Sos pencicah pun khas. Puas makan sotong bakar di sini sebab lagi besar dan taklah semahal di Gurney Drive. Gurney Drive tu, apa yang murah? Hurmmm.. tak jumpa pulak entri lama makan di Gurney Drive.


Kerang Bakar.. antara makanan yang sering menjadi pilihan ramai pelanggan di Padang Brown ni. Tapi, rasa macam tak teringin nak makan sebab malas nak kopek, hehehe.


Dulu, kan.. Sk selalu fikir. Rojak pasembur yang bersusun-susun dalam dulang tu, boleh habis ke? Ke... dia susun balik esoknya? Adoi, ko jangan buat tuduhan tanpa usul periksa ya, Sk. Rupanya, memang habis ya. Sk datang tu, cuma beberapa jenis jer yang masih tinggal. Itupun tak bertimbun atau banyak macam selalu. Ini jugak pertama kali SK beratur tunggu giliran pasembur disediakan. Selalu, pakai pesan dari meja aje minta buat set ikut bajet. Baru tahu benda tu, dia goreng dulu macam Lok-Lok, kemudian baru dipotong dan dituangkan kuah rojak pasembur tu. Sotong Kangkung tu.. kangkung habis,  tinggal sotong, hahaha.


Ops! Laki sape niiiiiii??

Cara ke sini.. waze aje Padang Brown.. mesti sampai.


Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah, syoknya, jalan-jalan cari makan. :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha....laki sapa ter sampai hirup mangkuk tu🤭
    Nampak menyelerakan sungguh mee sotong tu..sotong bakar @ utara selalu memang sotong kering dimesin macam mesin getah keping dulu2 tu😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!