MAKAN NASI KANDAR IMIGRESEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

TAK puas hati makan Nasi Kandar Hameediyah masa Berbuka 27 Puasa, lepas, kata orang dua beranak ni. Bila jadik aje rancangan ke Penang ni, tiap malam ya, melayan dua beranak ni mencapai keputusan nak makan di kedai nasi kandar yang mana. Tak menahan tu, tiga hari di Penang, tiga hari katanya nak makan nasi kandar. Yassalammmm...



Masa nak berbuka puasa 27 Puasa tu, kami ke Nasi Kandar Imigresen ni tapi masa tu tutup. Selalu mana-mana nasi kandar Sk pergi, jika minta tapau, mereka bungkus nasi guna suratkhabar atau kertas putih aje, di sini guna kertas bercetak yang ditempah khas. Hebat!!


Sebab pagi tu dah makan banyak, petang la baru pekena nasi kandar. Walaupun kena beratur, tapi tak seteruk pengalaman kami beratur di Nasi Kandar Kampung Melayu. Rasanya tak sampai setengah jam pun beratur masa ni mungkin sebab dah petang. Satu lagi, orang kata, orang Penang jer mai makan sini. Pelencong-pelencong depa pi makan Line Clear 😆 

Alaaa.. kami pun dulu makan Line Clear jugakkkk 😂



Duduk hotel 5 bintang, makan kaki lima.. ada aku kesahhh??  Nasi Kandar Imigresen telah disenaraikan Top 5 oleh satu channel youtube popular. 


Hanya menggunakan gerai roda tiga, perniagaan Nasi Kandar Imigresen ni terletak di antara lorong tepi rumah kedai dan restoran. Terdapat dua buah kedai kopi cina di kiri dan kanannya serta sebuah gerai mamak di sebelahnya. Boleh pilih la nak makan di salah satu sebab minuman tidak disediakan oleh NK Imigresen.


Kami pilih makan di Kedai Kopi Kassim atau gerai mamak di sebelah nasi kandar. Walaupun di tepi lorong, kawasan ini masih dikategorikan bersih di mata Sk serta tidak ada bau yang tidak menyenangkan. 


Kuah campoq, kasi banjir, teloq sotong, sayoq, ayam goreng.. tentunya menjadi pilihan Sk. Istimewanya NK Imigresen ni, kan.. habis aje dia cedukkan lauk-lauk tu, mamu letak bawang besar yang dimayang dan digoreng garing hingga berkaramel. Sedap giler!

Oh, jangan tanya Sk ya, kenapa namanya NK Imigresen. Macam tak nampak pulak ada pejabat imigresen ka.. kuarters imigresen ka.. di area tu. Pak Inche serkap jarang, agaknya mamu tu dulu keja imigresen 😆

Burpppp! Alhamdulillah ❤️

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baru nak tanya pasai pa nama NK imigresen🤭..
    Cik Wa pun ikut yer..Nampak nalla nasi kandaq imigresen

    ReplyDelete
  2. Aduhhhh...terlioq cheq ha...dapnyaaaaa.....makan guna tangan nala bau dia x hilang kan...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makan nasi kandar kuah banjir panas-panas... pergghhh!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!